Oleh pada 26 May 2019 kategori

Cornflakes almond cluster merupakan sejenis kuih yang enak. Jika sedap coklat yang digunakan, maka hasilnya juga akan menjadi enak.

 

Untuk membeli bahan-bahannya, anda disarankan supaya mengunjungi beberapa kedai bahan kuih untuk membuat perbandingan harga.

Ini kerana terdapat perbezaan harga yang mungkin akan mengejutkan anda. 

 

Cornflakes Almond Cluster

 

Bahan-bahan: 

  • Dark Compound Coklat Beryl's (500 gm)
  • Cornflakes (300 gm)
  • Almond (100 gm)

 

Cara membuatnya: 

1. Cairkan coklat dalam microwave. Jika ketiadaan microwave, boleh menggunakan kaedah "double boil" untuk mencairkan coklat. 

2. Panggang almond tanpa minyak di dalam kuali. Apabila almond sudah rangup, tutupkan api.

3. Cornflakes diramas menggunakan tangan (bukan sampai halus).

4. Campurkan cornflakes, almond dan coklat. Gaulkan sebati.

5. Gunakan sudu dan letakkan ke dalam talam. Sekiranya mahu, boleh letakkan sprinkle atau rice coklat . Pemilik resepi meletakkan sedikit garam sahaja (pastikan tidak banyak sangat) .

6. Guna parchment paper dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 5 minit. Selepas itu, keluarkan dan baru masukkan ke dalam balang.

7. Siap dan boleh dihidangkan. Pastikan simpan ke dalam peti sejuk.

 

Resepi Bonus: Peanut Butter Cornflakes  

peanut butter cornflakes

 

Bahan-bahan:  

  • Minyak jagung atau sayuran (3 sudu besar)
  • Gula (1/4 cawan)
  • Tepung jagung (1 sudu besar) - bancuhkan dengan sedikit air
  • Mentega kacang (1 cawan) - pemilik resepi gunakan mentega kacang Lady's choice
  • Cornflakes (3 cawan)

 

Cara-caranya:  

Masukkan ke semua bahan di atas dan campurkan ke dalam kuali. Masak seketika seperti mahu buat cornflakes.

 

Nota:

✔ Pemilik resepi tidak membakar menggunakan ketuhar. Cukup sekadar masak di dalam kuali. 

✔ Resepi ini diubahsuai dari resepi asal iaitu di allrecipes.com.

 

Sumber:

1. Habibah Anuar [12

2. Wanie Fawzy [12]

3. Me_AzRynN (meazrynn.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)