Biskut coklat rice atau dalam bahasa Inggerisnya, chocolate rice cookies sememangnya begitu sinonim dengan perayaan Aidilfitri. Menggunakan adunan pertama, anda dapat menghasilkan lebih kurang sebanyak lebih 100 biji.
Untuk resepi kedua pula, jika mahu lebih kepekatan, serbuk koko boleh ditambahkan. Namun, jangan terlalu banyak kerana biskut akan menjadi pahit.
Versi 1
Bahan-bahan:
- Mentega (1 ketul)
- Kuning telur (1 biji)
- Gula halus (1 cawan)
- Serbuk koko (1/2 cawan)
- Tepung jagung (1/2 cawan)
- Tepung gandum (3 cawan) - tambah lagi jika terlalu lembik
- Esen vanila (1 sudu kecil)
- Chocolate rice/chocolate chips - untuk hiasan
Cara-cara membuat:
- Kacau mentega dan kuning telur. Pemilik resepi menggunakan senduk sahaja.
- Masukkan gula halus dan esen vanila. Kacau lagi.
- Kemudian, masukkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sedikit-sedikit. Tambah kalau adunan lembik tetapi jangan sehingga terlalu keras. Sedang-sedang, tidak terlalu lekat pada tangan. Uli sebati.
- Tekap adunan. Sapu telur putih dan tabur chocolate rice/lain-lain untuk hiasan.
- Kemudian, bakar suhu 160 dalam 30 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
Versi 2
Bahan-bahan:
- Mentega (1 ketul) - 250g
- Gula aising (3/4 cawan)
- Telur kuning (1 biji)
- Susu tepung (2 sudu besar)
- Nestum hancur (2 sudu besar) - kisar dahulu
Ayak semua tepung
- Tepung gandum (2-3 cawan) - tambah sedikit-sedikit dalam adunan
- Tepung kastad (3 sudu besar)
- Tepung jagung (3 sudu besar)
- Serbuk koko (2-3 sudu besar)
Hiasan
- Coklat jenama Beryl's/coklat masakan + 1 sudu besar cocoa butter dicairkan.
Nota: Jika tiada cocoa butter, boleh guna shortening atau minyak masak.
- Chocolate rice untuk tabur.
Cara-cara membuat:
- Kacau mentega dan gula aising sehingga sebati. Gunakan senduk sahaja, jangan gunakan mixer. Kacau sebentar, tidak perlu lama-lama supaya ia tidak kembang.
- Masukkan telur, susu tepung dan Nestum. Kacau lagi.
- Masukkan koko, tepung gandum, tepung jagung dan kastad, yang sudah ditapis (masuk sedikit-sedikit sehingga tidak melekat di tangan). Gaul sebati. Kalau lembik lagi, tambahkan tepung gandum.
- Tekapkan menggunakan acuan. Bakar sehingga masak.
- Apabila sudah sejuk, celupkan coklat dan tabur chocolate rice.
- Biar coklat keras. Boleh simpan dalam balang.
Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi:
Sumber informasi: