Oleh pada 30 Jan 2020 kategori

Minuman susu kultur sememangnya menjadi kegemaran ramai ketika berkunjung ke pasaraya. Namun, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa ianya mempunyai kandungan gula yang agak tinggi jika diambil secara berlebihan.

Namun, minuman versi homemade ini membolehkan anda membuatnya mengikut citarasa sendiri. Perisanya juga boleh digantikan dengan strawberi, anggur, epal, pandan dan lain-lain.

Untuk mengelakkan susu pecah, anda perlu menggunakan air suam yang tidak terlalu panas. Sekali lagi diingatkan, air ini tidak berkhasiat dan tidak boleh diamalkan selalu.

Minuman Ala Minuman Susu Kultur Jenama Terkenal 

Versi 1

minuman ala minuman susu kultur jenama terkenal 1

Bahan-bahan:

  • Pati Sunquick
  • Susu pekat
  • Air suam
  • Ais

Cara membuat:

  1. Sediakan air suam yang tidak panas dan tidak sejuk untuk mengelakkan susu pecah.
  2. Letakkan susu dahulu dan kacau sehingga sekata elok.
  3. Letakkan ais dahulu dan diikuti pati Sunquick.
  4. Boleh perasakan tahap kemanisannya. Jika manis lagi, tambahkan sahaja air. Siap.

Versi 2

minuman ala minuman susu kultur jenama terkenal

Bahan-bahan:

  • Ais
  • Susu cair
  • Air gas -  apa-apa perisa yang digemari

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan ais dalam bekas dan tuangkan susu. 
  2. Kacau sehingga susu betul-betul sejuk dan masukkan air gas. Kacau sebati dan siap untuk diminum.

Nota: Jika anda tidak mengikuti langkah-langkah ini, susu akan menjadi terapung seperti basi.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Saleha Maarof [1, 2

2. Nurul Wahida Hamzah [1, 2

Sumber informasi:

1. Rawidah Manaf [1, 2]

2. Ijah Ijan [1, 2]

3. Nur Effa Shareen [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)