Oleh pada 21 Mar 2024 kategori

Kentang putar atau dalam bahasa Inggerisnya, mashed potato merupakan sebuah menu yang dihidangkan bersama sos black pepper. Untuk resepi pertama, batang saderi boleh untuk tidak diletakkan ke dalam sos black pepper.

Menurut pemilik resepi, penggunaan batang saderi menaikkan aroma sos black pepper. Jika tidak, baunya akan menjadi tidak sebegitu enak.

Versi 1

Bahan-bahan:

  • Kentang (anggaran 10 biji) - dibuang kulit
  • Garam
  • Mentega
  • Susu segar/rendah lemak
  • Batang saderi
  • Serbuk ayam (5 sudu)
  • Bawang besar (sebiji)
  • Tepung gandum
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Lada hitam

Cara-cara penyediaan:

cara membuat kentang putar 1

1. Bahan utama iaitu kentang.

2. Rebus kentang sehingga empuk. Untuk mengetahui samada empuk atau tidak, cucuk dengan garpu. Jika boleh cucuk, bermaksud sudah empuk. Letak garam dalam air.

3. Setelah empuk, tapis kentang tadi.

4. Letakkan mentega dalam kentang rebus tadi untuk dapatkan rasa lemak.

5. Pemilik resepi menggunakan hand blender. Jika tiada, guna garpu juga boleh, cuma kentang akan berketul-ketul sedikit.

6. Letakkan susu segar/rendah lemak. Anggaran apabila dikisar, kentang tersebut naik gebu (tidak terlalu kering).

7. Kisar.

8. Kisar sehingga hancur seperti ini. Ketika ini, bau mentega, susu dan kentang cukup menyelerakan.

cara membuat kentang putar 2

9. Langkah untuk membuat sos black pepper. Potong 1-2 batang, batang saderi.

10. Rebus batang saderi.

11. Campurkan 5 sudu serbuk ayam. Jika mahu lebih atau kurang, terpulang kepada citarasa masing-masing.

12. Rebus sekali sebiji bawang besar.

13. Rebus sehingga layu. Kemudian, tutup api dan ketepikan.

cara membuat kentang putar 3

14. Mentega.

15. Tepung gandum.

16. Dalam kuali lain, panaskan mentega.

17. Masukkan tepung gandum.

18. Kacau ratakan tepung dan mentega.

19. Masak sehingga tepung perang-perang sedikit.

20. Apabila tepung sudah keperangan, masukkan air rebusan tadi. Kacau-kacau sehingga tepung sebati dengan air.

21. 1-2 sudu sos tiram dan kicap supaya sos black pepper berwarna gelap.

cara membuat kentang putar 4

22. Masukkan ke dalam kuah tadi.

23. Jika mahu lebih gelap, tambah kicap.

24. Kisar sos tadi.

25. Sudah selesai kisar sos tadi. Semua saderi dan bawang kelihatan telah hancur. Panaskan semula.

26. Lada hitam. Jika mahu menggunakan serbuk juga boleh, tetapi pemilik resepi lebih gemar menggunakan lada hitam biji.

27. Tumbuk lada hitam

28. Masukkan ke dalam sos black pepper tadi. Ketika ini, sudah keluar aromanya. Perasakan dengan garam jika tidak cukup masin.

29. Agak-agak sudah menggelegak, padamkan api. Sos black pepper telah pun siap.

Versi 2

kentang putar versi 2

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Susu segar/susu cair
  • Mentega/marjerin
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang besar
  • Tepung gandum
  • Sos black pepper
  • Kiub ayam
  • Kicap (sedikit)

Cara-cara membuat:

Kentang Putar

1. Rebus dan lenyek kentang.

2. Gaul bersama susu segar/susu cair (pemilik resepi menggunakan susu cair), mentega/marjerin, sedikit garam dan serbuk lada hitam.

Sos

1. Tumis:

-Mentega/marjerin (pemilik resepi menggunakan marjerin sahaja).

-Bawang besar - dadu

-Tepung gandum dan masukkan air

2. Kisar.

3. Selepas kisar, masak semula dengan sos black pepper, kiub ayam, sedikit garam dan sedikit kicap bagi seri warna.

Nota: Sukatan tidak disertakan kerana pemilik resepi tidak arif untuk memberikan resepi secara terperinci.

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

Noor Hidayah Hanapi [1, 2]

Norlela Othman [1, 2]

Sumber informasi:

Fadhlia Nuur [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)