ayam goreng kfc

Ayam goreng

  1. Guna tepung goreng ayam crispy Bestari.
  2. Panaskan minyak dalam periuk.
  3. Celup ayam dalam telur terlebih dahulu. Golekkan atas tepung dan goreng.

Kentang putar

Bahan-bahan:

  • 6 biji kentang saiz sederhana
  • Susu kotak full cream
  • Serbuk lada putih

Cara penyediaan:

  1. Kentang direbus sehingga empuk.
  2. Terus dilenyekkan ketika masih panas.
  3. Masukkan susu full cream. Dilenyek sebati.
  4. Akhir sekali masukkan serbuk lada putih.

Tips: Susu dimasukkan sedikit demi sedikit. Bergantung kepada tekstur kelembikan kentang yang dimahukan.

Coleslaw

   

  1. Kobis dihiris kasar-kasar sedikit supaya kerangupan sayur terasa.
  2. Lobak merah disagat kasar.
  3. Campurkan dalam bekas.
  4. Masukkan mayonis (sukatan mengikut selera).
  5. Masukkan secubit garam.
  6. Gaul sebati.

Sos lada hitam

Bahan-bahan:

  • ½ biji bawang holland (direceh-receh)
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • ½ cawan air (tepung gandum dan air dibancuh)
  • Sos lada hitam
  • 1 kiub pati ayam (boleh juga digantikan dengan perasa Cukup Rasa Maggi)
  • Lada hitam yang biji (ditumbuk)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan marjerin.
  2. Tumiskan bawang tadi sehingga layu sedikit.
  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau.
  4. Setelah pekat, masukkan 2 cawan air. Tuang sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau secara laju supaya tepung tidak berketul-ketul.
  5. Masukkan sos lada hitam dalam ½ botol.
  6. Masukkan kiub pati ayam Knorr atau perasa Cukup Rasa Maggie.
  7. Kacau sehingga mendidih dan sos pekat.
  8. Masukkan biji lada hitam yang sudah ditumbuk.
  9. Kacau sebati. Siap.

Sumber: Noraslinda Md Radzhi


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)