Oleh pada 27 Jan 2020 kategori

Menu mudah dan ringkas ini mempunyai rasa yang sama seperti versi segera sebuah jenama terkenal. Proses penyediaannya hanya mengambil masa selama 10 minit dan sesuai untuk hidangan 2 orang.

Untuk bihun, ia tidak perlu dicelur dahulu. Jika mahu dibasuh, lalukan di air sahaja dan masukkan dalam didihan sup.

Bihun Perasa Sup Istimewa Homemade Ala Bihun Segera Jenama Terkenal

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (5 ulas) - ditumbuk
  • Kiub pati ayam Maggi (2 ketul)
  • Serbuk lada sulah (1 sudu kecil) - putih (rujuk gambar)
  • Daun sup dan daun bawang (sedikit) - dipotong
  • Air (1 liter) - anggaran 1 jag kecil sahaja
  • Garam (secubit) - jika perlu
  • Bihun (secekak) - pemilik resepi gemarkan bihun jenama Jasmine kerana lembut dan sedap, serta tidak mudah lunyai apabila masak (rujuk gambar)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak (agak-agak) dan tumis bawang putih sehingga kekuningan keemasan.

2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang.

Nota: Lada sulah tersebut sebenarnya yang membuatkan rasa dan bau bihun kita menjadi seperti bihun segera sebuah jenama terkenal. Tanpa lada sulah, memang tidak menjadi bihun ini.

3. Apabila telah menggelegak kuahnya, masukkan bihun dan reneh sehingga bihunnya masak elok.

4. Jika tidak berapa cukup rasa masin, boleh masukkan garam (agak-agak mengikut citarasa). Siap dan boleh dihidang.

Tips:

  • Jika gemar pedas, boleh taburkan serbuk cili di atas.
  • Untuk lebih sedap, anda juga boleh tambah isi ayam atau lobak merah (carrot) yang dipotong dadu. Potong kecil-kecil dan tumis semasa tumis bawang putih.

bihun perasa sup istimewa homemade 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Cik Pooja [1, 2]

Sumber informasi: Normawati Misban [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)