Agar-agar merupakan sejenis kuih berupa gel yang diperbuat daripada lumut laut atau dipanggil juga dengan nama agar-agar. Serbuk agar-agar turut banyak dipakai dalam pencuci mulut lain.

Sepanjang sejarah sehingga kini, agar adalah bahan utama sebagai pencuci mulut di seluruh Asia dan juga sebagai sustrate pepejal untuk bahan medium pertumbuhan bagi kerja mikrobiologi.

Agar (agar-agar) turut boleh digunakan sebagai pelawas, pengganti geletin vegetarian, pemekat sup, pengawet buah, ais krim dan pencuci mulut yang lain, sebagai bahan pencerah dalam penapaian, dan pelicin kertas dan kain.

Agar-agar merupakan gelatin tumbuhan semulajadi setara. Putih dan lutcahaya, ia boleh dibeli dalam peket dalam bentuk kepingan yang dibasuh dan kering atau dalam bentuk serbuk.

Ia boleh dipakai bagi membuat jeli, puding dan kastard. Untuk membuat jeli, ia dimasak dengan air sehingga larut.

Pemanis, perisa, pewarna, buah atau sayuran lalu ditambah dan campuran cecair itu dituang dalam acuan dan disajikan sebagai pencuci mulut atau aspik sayuran, atau digabungkan sajian pencuci mulut yang lain, seperti lapisan jeli pada kek.

 

Agar-Agar Snow

  

agar agar snow

 

Bahan-bahan:

  • Agar-agar (1 1/2 bungkus)
  • Air (8 gelas)
  • Susu cair  (1 gelas)
  • Santan (1 gelas)
  • Gula (2 gelas)
  • Telur (5 biji)
  • Asin vanilla (1 sudu teh)
  • Garam

 

Cara-cara:

Masak agar-agar sehingga mendidih, masukkan gula dan biarkan selama 10 minit.

 

Nota: Agar-agar dibahagi kepada 2 bahagian.

 

Bahagian bawah agar-agar:

Bahan-bahan:

  • Telur kuning (5 biji)
  • Susu cair (1 gelas)
  • Santan (1 gelas)
  • Asin vanila (1 sudu teh)
  • Garam (secubit)

Cara penyediaan:

1. Semua bahan di atas dimasukkan di dalam agar-agar bahagian bawah.

2. Masak selama 5 minit, masukkan dalam loyang dan biarkan sejuk.

 

Bahagian atas agar-agar (snow):

Bahan-bahan:

  • Telur putih (5 biji) - diputar sehingga kembang
  • Pewarna merah (sedikit) - diletakkan di bahagian atas agar-agar  
  • Telur putih - diputar, dimasukkan sekali di dalam agar-agar yang berwarna merah dan digaulkan sekali semuanya

 

Cara penyediaan:

Apabila bahagian bawah agar-agar sudah keras, letakkan bahagian atas agar-agar. Biarkan sejuk dan simpannya dalam peti sejuk.

Sumber:

1. Lia Sara [12]

2. Wikipedia Agar-Agar



Hakcipta iluminasi.com (2017)