Untuk madu, masukkan lebih kurang 3 sudu besar. Semasa sudah tutup api, masukkan lagi 2 sudu besar.

Sukatan bahan-bahan untuk dikisar adalah bawang putih (2 ulas), lengkuas (sebesar ibu jari) dan bawang (bawang besar 3 biji yang sederhana). Jika bawang terlalu besar, 2 biji sudah mencukupi.

Ayam Masak Madu

ayam masak madu 1 edited

Bahan-bahan:

  • Ayam (seekor)
  • Bawang kecil
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • Daun pandan (2 helai)
  • 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
  • Cabai kering
  • Bawang
  • Lengkuas
  • Sos cili
  • Tomato sup (separuh tin sahaja)
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Madu
  • Daun sup

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng ayam separuh masak.
  2. Tumis bawang kecil, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, daun pandan dan 4 sekawan.
  3. Masukkan cabai kisar (kisar cabai kering, bawang, bawang putih dan lengkuas).
  4. Masukkan sos cili dan tomato sup. Kacau sehingga pecah minyak. Jika pekat, tambah air. Masukkan garam, gula, perasa dan madu.
  5. Masukkan ayam. Biar mendidih lama. Jika pekat, tambah air. Jangan cair dan pekat sangat.
  6. Setelah masak, masukkan daun sup dan bawang belah (tidak wajib). Tutup api dan curahkan madu lagi. Siap.

ayam masak madu default 1

Resepi Bonus: Teh Beng Vanila

teh beng vanila 3

Bahan-bahan:

  • Teh (5 uncang) - jenama Lipton
  • Perasa vanila (setengah penutup)
  • Air masak (4 cawan besar)
  • Susu cair (suku tin)
  • Susu pekat (6 sudu)
  • Gula (1 sudu)
  • Perisa jagung (1 sudu) - warna sahaja

Tambahan:

  • Halia - untuk kurangkan angin dalam badan
  • Agar-agar hitam
  • Aiskrim vanila

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan air. Masukkan uncang teh.
  2. Biar sehingga warna bertukar pekat.
  3. Masukkan susu cair dengan susu manis.
  4. Kemudian, masukkan perisa vanila.
  5. Akhir sekali, masukkan gula.
  6. Biarkan mendidih.
  7. Kacau rata.
  8. Setelah berpuas hati dengan warna dan rasa, tutup api.

teh beng vanila default 1 875

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Ieda Hamzah [12

2. Rose Farra [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)