Oleh pada 31 Dec 2019 kategori

Muffin yang cantik adalah yang merekah. Jika tidak merekah, ianya merujuk kepada kek cawan (cupcake).

Untuk menjadikan muffin naik tinggi, isi salah satu lubang dalam bekas muffin dengan air separuh tinggi. Biar muffin masak dengan wap panas untuk mendapatkan hasil yang gebu.

Hasil muffin yang senget pula adalah disebabkan oleh perubahan suhu. Jika boleh, jangan menukar suhu ketuhar.

Muffin Pandan Kelapa

Bahan A :

  • Tepung naik sendiri (self raising flour) (200gm)
  • Garam (1/2 sudu teh)
  • Kelapa kering (2 sudu besar) - optional

Campur dalam satu bekas.

Bahan B:

  • Telur gred A (2 biji)
  • Pes pandan (pandan paste) (1/2 sudu teh)
  • Pewarna hijau epal (sedikit)
  • Santan kotak (200mls) - jenama Kara
  • Gula kastor (130gm)
  • Minyak jagung (100mls)

Gaul sebati dalam bekas lain.

Cara penyediaan:

  1. Tuang bahan B ke dalam bahan A dan kaup balik sahaja sehingga sebati.
  2. Kaup ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tabur topping yang disukai. Pemilik resepi tabur white chocolate chips dan sagat cheddar cheese.
  3. Bakar selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Suhu terpulang kepada ketuhar masing-masing. Suhu yang digunakan oleh pemilik resepi ialah 170 celsius (api atas bawah).

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Ayu Zalifah [1, 2]

Sumber informasi:

1. Niny Syuhada Harmen [1, 2]

2. Kesavan Supramaniam [1, 2]

3. Amirah Md Esa [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)