Alam semesta ini cukup luas dan terlalu banyak perkara yang boleh dikaji. Maka, tidak hairanlah sejak kebelakangan ini kita banyak mendengar idea-idea liar mengenai penerokaan angkasa lepas antaranya pembinaan penempatan manusia di planet Marikh, pelancongan ke angkasa lepas dan seumpanya.

Nanti antara satu idea yang pernah diumumkan tidak lama dahulu yang pernah menarik perhatian ramai dan mencetuskan kontroversi adalah idea untuk membenarkan wanita mengandung untuk bersalin di angkasa lepas - sudah tentulah disambut oleh pegawai perubatan yang bertauliah. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

SpaceLife Origin, sebuah syarikat yang berpangkalan di Belanda pernah merancang untuk menghantar seorang wanita hamil, ditemani oleh "pasukan perubatan bertaraf dunia yang terlatih," dalam kapsul ke angkasa lepas. Misi itu akan berlangsung selama 24 hingga 36 jam.

Sebaik sahaja wanita itu melahirkan anak, kapsul itu akan kembali ke muka Bumi. SpaceLife Origin turut menambah, proses yang disediakan dan dipantau dengan teliti akan mengurangkan semua kemungkinan risiko, serupa dengan piawaian ketat di Bumi untuk memastikan ibu dan anak selamat. 

Syarikat ini telah menetapkan tahun 2024 sebagai tarikh sasaran untuk perjalanan itu. Namun, idea ini tidak kurangnya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah ianya satu keperluan? Bagaimana pula sekiranya perkara yang tidak diingin berlaku?

Persediaan manusia untuk hidup di luar Bumi

space origin

Egbert Edelbroek, salah seorang eksekutif syarikat tersebut berkata melahirkan anak di angkasa lepas adalah sebahagian daripada usaha mewujudkan polisi insurans untuk spesies manusia. Sekiranya suatu hari nanti malapetaka menyebabkan Bumi tidak dapat didiami akibat perubahan iklim, beliau berharap spesies manusia akan berpindah dari Bumi dan menetap di tempat lain.

Menurutnya lagi, di mana sahaja manusia mendarat, mereka akan menanam tumbuh-tumbuhanm, membina rumah, dan memulakan keluarga. Maka, Ppnempatan manusia di luar Bumi akan menjadi sia-sia sekiranya mereka tidak mampu membiak di angkasa lepas. ,

Sudah tentu, cita-cita ini sangat futuristik dengan menganggap bahawa manusia telah menyelesaikan banyak cabaran lain yang datang sebelum mereka belum bole benar-benar mengembara dan membina penempatan di luar Bumi.

Pada masa kini, para saintis masih cuba memikirkan cara untuk memastikan manusia dewasa kekal sihat terutamanya semasa tinggal lama di Stesen Angkasa Antarabangsa. 

Egbert Edelbroek berkata belia telah bertemu dengan syarikat penerbangan angkasa lepas swasta yang mungkin bersedia untuk melancarkan misi penghantaran ini dan dengan beberapa orang yang berpotensi akan menyertai misi luar biasa ini. Beliau percaya golongan "preppers" lebih cenderung untuk menghargai objektif syarikat dan segelintir daripadanya ada yang sangat kaya dan sanggup berbelanja mewah untuk keunikan seperti ini. 

3 misi Space Origin

bersalin di angkasa

SpaceLife Origin merancang untuk mencapai pembiakan manusia di angkasa melalui proses yang melibatkan tiga "misi" dikenali dengan kod nama "Mission Ark", "Mission Lotus" dan "Mission Cradle".

Yang pertama, dipanggil Mission Ark, akan menghantar sperma dan telur ke orbit Bumi rendah di dalam satelit sfera kecil untuk membuktikan ia boleh hidup dalam persekitaran angkasa yang jauh berlainan dengan Bumi. Syarikat ini merancang untuk menawarkan pelanggan "penjejakan masa dan rakaman dari kamera" secara masa nyata.

Misi kedua, Mission Lotus, adalah usaha mengandungkan seorang kanak-kanak di angkasa dengan menghantar sel-sel pembiakan ke orbit dalam apa yang disebut SpaceLife Origin sebagai “Space-Embryo-Incubator". Selepas empat hari, embrio akan kembali ke Bumi untuk ditanam pada ibu mereka untuk dilahirkan

Misi ketiga, yang digelar Mission Cradle, akan dilancarkan pada 2024 dan akan melibatkan seorang wanita hamil yang melahirkan anak di angkasa untuk kali pertama dalam sejarah. Syarikat itu berkata misi itu akan berlangsung 24 hingga 36 jam dan wanita itu akan "diiringi oleh pasukan perubatan bertaraf dunia yang terlatih".

Cabaran yang perlu diatasi

persenyawaan angkasa lepas

Namun, sebelum idea kontroversi ini boleh direalisasikan, SpaceLife Origin akan menghadapi pelbagai soalan daripada pihak berkuasa kawal selia, malah mungkin daripada lebih daripada satu negara.

Perjalanan angkasa lepas secara komersial tidak dihadkan oleh sempadan negara dan tidak mustahil bagi pelanggan di satu negara untuk membayar kerajaan negara lain untuk melancarkan misi ke angkasa lepas mereka. 

Misi bercita-cita tinggi SpaceLife Origin mempunyai pelbagai kombinasi dan kemungkinan contohnya seorang wanita Amerika, dalam kapsul Jepun, pada roket India, diiringi oleh pasukan doktor dari pelbagai negara. Dengan pelbagai penyertaan dan penglibatan daripada banyak negara ini, sudah tentulah banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Kontroversi dan pembatalan projek

hidup di angkasa

Walau bagaimanapun, beberapa bulan kemudian CEO syarikat ini mengumumkan mereka akan menghentikan projek ini dengan berkata Kees Mulder berkata "kebimbangan etika, keselamatan dan perubatan" yang serius dengan dua misi yang dirancang SpaceLife Origin telah menyebabkan beliau menarik balik dan menilai semula idea ini. 

Beliau juga mengatakan rangka masa dan model perniagaan untuk misi tersebut "tidak realistik". Beliau turut menambah, keputusan ini diambil atas isu "pecah amanah yang serius dan tidak boleh diperbaiki" dimana beliau turut menamatkan dengan pengasas bersama SpaceLife Origin Egbert Edelbroek.

Kredit:

  1. The Atlantic
  2. The Verge



Hakcipta iluminasi.com (2017)