Saban tahun kapal terbang mengangkut jutaan penumpang. Ada penumpang yang menaiki kapal terbang berbelas atau berpuluh jam lamanya. Ada juga yang tak sempat nak minum air pun, alih-alih dah sampai ke destinasi.

Semasa dalam penerbangan, adakalanya kapten akan buat pengumuman bahawa kapal sedang terbang pada berapa ketinggian altitud. Ada juga syarikat penerbangan yang menyiarkan maklumat ini di skrin tempat duduk hadapan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bila anda pandang luar tingkap, anda hanya nampak kepulan awan. Dah tak nampak langsung bumi. 

dah naik tinggi ni boleh naik tinggi lagi tak agak agak 72

Ketika dalam situasi begitu, pernah tak anda terfikir ia boleh pergi sejauh mana? Kalau kapten terbuat silap, boleh tak kapal terbang itu naik lebih tinggi menuju ke angkasa lepas? Best juga kan kalau dapat pergi angkasa lepas ramai-ramai.

Tapi sebenarnya, bolehkah kapal terbang naik tinggi-tinggi?

Kami telah kumpulkan sedikit fakta dan penjelasan untuk anda.

Kapal terbang komersial kebiasaannya terbang pada altitud antara 28,000 hingga 35,000 kaki. Walau bagaimanapun, ini bukanlah jarak maksimum yang kapal terbang boleh pergi. Ia sebenarnya boleh naik lebih tinggi sedikit, namun majoriti kapal terbang penumpang tidak direka untuk naik melebihi 40,000 kaki.

Cuma ada satu saja pengecualian iaitu jet komersial supersonik Concorde yang boleh naik sehingga 60,000 kaki.

helios kapal terbang nasa

Kemudian ada lagi sebuah kapal terbang dipanggil Helios yang boleh naik sehingga 97,000 kaki. Tapi kapal terbang ini bukanlah kapal terbang calang-calang kerana ia direka oleh NASA.

Berapa jauh kena terbang baru boleh sampai ke angkasa lepas?

Jarak 'pintu masuk' angkasa lepas yang paling dekat dari permukaan bumi adalah sekitar 100km. Manakala kapal terbang hanya pergi sejauh lebih kurang 10km sahaja iaitu di lapisan kedua atmosfera yang dipanggil stratosfera.

lapisan atmosfera bumi kapal terbang hanya terbang di bawah lapisan ozon

La, jauh lagi? Ingatkan dah dekat dengan angkasa lepas.

Benar, kapal terbang tidak akan boleh naik sehingga ke angkasa lepas kerana dua sebab iaitu rekabentuk kapal terbang mengehadkan pergerakannya serta jumlah bahan api yang tidak mencukupi untuk naik lebih tinggi.

Sesebuah kapal terbang boleh terbang hanya kerana mempunyai sayap yang besar dan mampu mengangkatnya untuk berada di udara. Proses 'mengangkat' ini terjadi disebabkan pengedaran angin di bahagian atas dan bawah permukaan sayap.

Pada dasarnya, udaralah merupakan komponen yang membolehkan kapal terbang naik tinggi manakala enjin cuma memberikannya kuasa untuk terus bergerak menentang seretan aerodinamik.

ini cara kapal terbang beroperasi

Disebabkan rekaannya yang bergantung kepada udara, cara kapal terbang beroperasi juga dipengaruhi oleh 'kualiti' udara. Apabila altitud semakin tinggi, kepadatan udara semakin berkurang. Dalam erti kata lain, udara menjadi semakin nipis apabila semakin tinggi sehingga sampai satu tahap di mana persekitaran terus menjadi vakum dan tidak mempunyai udara langsung.

Pengangkutan udara seperti kapal terbang dan helikopter memerlukan udara untuk kekal terbang. Jika tiada udara, bagaimanakah kapal terbang itu boleh diangkat supaya naik lebih tinggi? Ini juga merupakan salah satu faktor kenapa pasukan penyelamat yang menaiki helikopter sering mengalami masalah jika mereka ingin menyelamatkan orang yang terkandas di kawasan beraltitud tinggi.

mungkin boleh cuba naik roket macam ni kalau nak ke angkasa lepas

Sebab itulah kapal terbang tak akan boleh naik sehingga ke angkasa lepas. Tak kisahlah kapten dia bercita-cita tinggi macam mana sekalipun, memang sains membuktikan ia suatu perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Sumber rujukan:

1. NASA

2. Physlink

3. Reference.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)