Banyak penemuan NASA telah mengubah dunia yang kita diami hari ini. Ia bermula setelah Akta Angkasa 1958 diperkenalkan. Undang-undang itu menyatakan bahawa penyelidikan NASA haruslah memberi manfaat kepada orang awam. 

Sejak itu, seluruh industri penyelidikan NASA telah berpandukan undang-undang itu dan kita mendapat faedah daripadanya. Anda mungkin menggunakan produk harian tanpa mengetahui ianya bermula daripada penyelidikan NASA. Berikut adalah senarai penemuan NASA yang telah mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

15. Sistem peningkatan video dan analisis

peralatan ciptaan dari nasa

Teknologi Penstabilan dan Pendaftaran Imej Video (VISAR) adalah pemberian NASA kepada FBI. Teknologi ini membantu mereka untuk menyiasat melalui rakaman video. Alat ini menawarkan kemudahan menganalisa video bingkai demi bingkai, video beresolusi penuh, penukaran video analog kepada format digital dan meningkatkan kualiti filem tanpa perlu memutarkan semula rakaman dasar.

14. Telekomunikasi jarak jauh

telekomunikasi jarak jauh

NASA telah lama menggunakan teknologi ini untuk segala-galanya dari komunikasi, pengintipan, penyelidikan dan pembangunan. Kira-kira 200 satelit NASA sedang mengorbit Bumi setiap hari. Teknologi ini telah membolehkan kita untuk berhubung dengan orang yang berada di serata penjuru dunia dengan serta merta.

13. Tenaga solar

kuasa solar

Untuk membina pesawat kawalan jarak jauh tanpa pemandu pada ketinggian yang tinggi, NASA telah mengumpulkan seramai 28 orang anggota kesatuan yang dikenali sebagai Penyelidikan Pesawat Alam Sekitar dan Teknologi Sensor. Teknologi ini menggunakan kuasa solar yang ringan untuk tidak menambahkan lagi berat kepada pesawat.

Kerana ciptaan ini, berjuta-juta rumah dan bangunan di seluruh dunia dilengkapi dengan tenaga suria silikon kristal yang mengurangkan belanja tenaga tradisional serta pencemaran.

12. Anggota badan tiruan

anggota badan tiruan

Anggota badan tiruan adalah hasil daripada kemajuan sistem kajian otot buatan yang digunakan dalam aktiviti NASA bagi membina robot angkasa lepas dan pelbagai aktiviti lain di luar kapal ketika berada di angkasa lepas.

11. Alat bantuan ventrikular

alat bantuan ventrikular

Dengan kerjasama Dr. Michael DeBakey, Dr. George Noon dan MicroMed Technology, NASA berjaya mencipta alat pam jantung bagi pesakit yang sedang menunggu pembedahan pemindahan jantung dilakukan. Ini kerana penderma jantung adalah sukar untuk didapati. Sementara menunggu jantung yang sesuai, alat bantuan ventrikular ini akan mengepam darah bagi pesakit yang mempunyai masalah jantung.

10. Termometer telinga inframerah

termometer telinga inframerah

NASA menggunakan teknologi inframerah untuk mengukur suhu bintang. Teknologi ini kemudian dikembangkan menjadi termometer telinga yang boleh membaca suhu badan kita dengan mengesan jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh gegendang telinga. Ia adalah satu kemajuan berbanding penggunaan termometer merkuri yang agak sukar untuk dibaca dengan tepat.

9. Pelapik dalam kasut

pelapik dalam kasut

Apabila angkasawan dihantar untuk mendarat di bulan, NASA telah mencipta kain buih poliuretana tiga dimensi dalam but yang dipakai mereka. Ia bertujuan untuk membolehkan angkasawan melantun sambil memberikan ruang pengudaraan. Kini, kita mempunyai kasut yang boleh mengurangkan impak pada kaki ketika berjalan atau berlari.

8. Pengesan asap

pengesan asap

NASA telah mencipta pengesan asap boleh laras yang pertama agar angkasawan dapat mengetahui sekiranya berlaku kebakaran atau kebocoran gas berbahaya di Skylab, stesen angkasa lepas pertama Amerika Syarikat. Kini, alat keselamatan pengesan asap itu dipasang di kebanyakan rumah dan bangunan bagi pencegahan awal sekiranya berlaku kebakaran.

7. Peralatan tanpa wayar

peralatan tanpa wayar

Sebelum mendarat di Bulan, NASA memerlukan peralatan yang boleh digunakan angkasawan untuk mengumpul sampel batu dan tanah. Mereka memerlukan alat tanpa wayar yang ringan dan cukup kuat untuk menebuk permukaan Bulan. NASA dengan kerjasama Black and Decker telah mencipta gerudi motor pertama yang menggunakan bateri. Kini, pelbagai jenama alatan tanpa wayar boleh ditemui di pasaran.

6. Penapis air

penapis air

Ketika melakukan ekspidisi angkasa lepas, para angkasawan memerlukan air bersih untuk kegunaan mereka. NASA telah mencipta penapis dengan arang yang diaktifkan mengandungi ion untuk menuetralkan patogen dalam air. Kini, boleh dikatakan setiap rumah mempunyai penapis air sendiri.

5. Makanan bayi yang diperkaya

makanan bayi

NASA telah menemui mikroalga yang mereka gunakan sebagai agen kitar semula untuk memanjangkan tempoh perjalanan ke angkasa lepas. Bahan yang diformulasikan menjadi produk yang mengandungi DHA dan ARA adalah berdasarkan mikroalga yang menjadi bahan nutrisi dalam makanan komersil bayi.

4. Tayar tahan lasak

tayar tahan lasak

NASA telah bekerjasama dengan syarikat Goodyear dan Rubber untuk mengembangkan penghasilan bahan fiber yang lima kali lebih tahan daripada keluli. Ia dibangunkan untuk digunakan sebagai payung terjun bagi pendaratan perlahan kapal angkasa Viking Lander di Marikh. Hasil daripada perkembangan kajian itu, kita hari ini mempunyai tayar kenderaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

3. Diod pemancar cahaya (LED)

led

Teknologi unit berkuasa tinggi LED telah dibangunkan oleh NASA untuk kegunaan kapal angkasanya. LED berfungsi apabila arus elektrik digunakan pada arah terus sesuatu peranti dan cahaya akan dipancarkan oleh diod semikonduktor. LED merupakan salah satu kemajuan hebat penggunaan tenaga yang lebih efisyen dan mula menjadi peranan penting dalam penggunaan cahaya secara umum.

2. Pengesan bahan kimia

pengesan kimia

Sistem Optik Pintar telah digunakan oleh NASA untuk membina sensor yang boleh membaca kelembapan dan pH untuk mengesan hakisan yang berlaku dalam pesawat bagi mengelak sebarang kerosakan berlaku. Apabila sensor itu bersentuh dengan tindak balas kimia dalam pesawat, ia akan berubah warna. Kini, Jabatan Pertahanan Amerika menggunakan sensor ini untuk mengesan bahan kimia berbahaya atau sebarang ancaman perang kimia daripada musuh.

1. Peralatan memadam kebakaran

peralatan memadam kebakaran

NASA dan Biro Piawaian Kebakaran Kebangsaan telah membina sistem pernafasan yang ringan merangkumi topeng, bingkai, abah-abah dan botol udara menggunakan bahan komposit aluminium yang dibangunkan untuk kegunaan pada kelongsong roket. Kini, teknologi itu digunakan secara meluas sebagai perlindungan daripada menyedut asap berbahaya.

Sebenarnya, banyak lagi kemajuan dan teknologi yang dibangunkan oleh NASA untuk kegunaan umum. NASA masih lagi giat menjalankan pelbagai eksperimen dan ujikaji terhadap kemajuan yang dapat dirasai oleh orang ramai.

Rujukan:

1. Interesting Engineering

2. JPL NASA

3. Rank Red




Hakcipta iluminasi.com (2017)