bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 3

Makan adalah salah satu cabaran yang unik bagi seorang angkasawan, kerana ketiadaan graviti. Jika anda melepaskan seketul ayam, ia akan terapung dan melayang-layang dalam kenderaan angkasa lepas.

Bagaimana pula dengan air? Pastinya air tak akan boleh berada dalam cawan dan akan terapung-apung seperti ayam goreng tadi. Itupun kalau ada ayam goreng.

Untuk membolehkan angkasawan untuk tinggal di angkasa lepas untuk beberapa hari atau minggu saintis telah mencipta cara istimewa untuk membungkus makanan untuk dibawa ke angkasa lepas. 

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 4

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 719

Jenis makanan pertama adalah makanan yang lembut, seperti makanan bayi dibungkuskan ke dalam tiub seperti ubat gigi. Sebagai contoh, John Glenn adalah angkasawan Amerika Syarikat pertama yang makan di angkasa lepas apabila beliau makan sos epal daripada tiub aluminum ketika misi angkasa lepas Mercury tahun 1962. 

Untuk makan sos epal tersebut, beliau harus memicit makanan tersebut ke dalam mulutnya.

Ya, bunyinya memang tak menyelerakan, dan ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh angkasawan. Namun, saintis telah berjaya menghasilkan makanan yang lebih baik dan sedap serta mudah untuk dimakan.

Sebagai contoh, teknik pengeringan-beku adalah yang dihasilkan oleh saintis. Mula-mula sekali makanan akan dimasak, kemudiannya dibekukan serta-merta dan dikeringkan di dalam ruang vakum khas. Makanan kering-beku tak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk dan mampu bertahan lama.

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 6

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 8

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 9 762

Untuk menyediakan kebanyakan makanan kering-beku di angkasa lepas, angkasawan akan memerahkan air ke dalam bungkusan makanan, dan makanan boleh dimakan selepas ia menyerap air. Air panas boleh digunakan untuk menjadikan makanan panas dan lebih sedap.

Sesetengah makanan kering-beku seperti buah boleh dimakan tanpa perlu ditambah air. Malah, kita di bumi pun makan makanan yang sama seperti angkasawan. Terdapat banyak bijirin sarapan yang mempunyai buah kering-beku seperti strawberi.

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 5

angkasawan makan dalam pesawat angkasa

Angkasawan yang mengikuti misi angkasa lepas menaiki kapal angkasa moden kini menikmati banyak makanan seperti di bumi. Makanan masih perlu dikeringkan dan disediakan dengan cara khas, namun kapal angkasa ini mempunyai dapur lengkap dengan air panas dan ketuhar.

Mereka juga menggunakan perencah dan perasa seperti kicap, mustard, sos, mayonis dalam paket. Garam dan lada juga digunakan tetapi perlu digunakan dalam bentuk cecair kerana jika tidak ia akan terapung-apung.

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 0

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 2

Minuman juga dikeringkan dan disimpan dalam bentuk serbuk dalam bekas khas. Bekas tersebut mempunyai straw dalaman atau muncung khas yang membolehkan angkasawan minum secara terus dari bekas tersebut kerana graviti rendah membuatkan proses minum air menjadi sukar.

Bagi memastikan makanan tidak terlepas, angkasawan akan "melekatkan" bekas makanan dan perkakas seperti garfu dan sudu ke dulang khas menggunakan pelekat Velcro. Dulang tersebut juga dilekatkan pada peha mereka membolehkan angkasawan menikmati hidangan dengan cara duduk.

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 01

bagaimana cara angkasawan makan di angkasa lepas 7

Dan untuk memastikan angkasawan mendapat semua nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk melaksanakan kerja penting mereka di angkasa lepas, pakar pemakanan merancang makanan mereka dengan teliti. Ini kerana terdapat sesetengah angkasawan yang mengalami masalah penghadaman setelah lama tinggal di angkasa lepas.

Pakar-pakar mempercayai bahawa masalah ini disebabkan oleh kekurangan "bakteria baik" dalam sistem badan seseorang angkasawan itu. 


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)