Kredit foto: Instagram Marsha & BH Online

Datuk Ramli MS menegaskan komen yang dikeluarkan selepas persembahan peserta AF Megastar tidak melambangkan keputusan markah yang akan diberi.

Pengarah muzik yang juga merupakan juri tetap program itu memberitahu jumlah markah setiap peserta adalah dipengaruhi oleh peningkatan yang ditunjukkan oleh bekas pelajar selepas pengalaman yang diraih dalam industri hiburan.

Saya melihat apa yang mereka raih di luar dan apa kerja keras mereka lakukan setelah mungkin lebih sepuluh tahun meninggalkan AF. Apa yang mereka persembahkan malam ini harus memperlihatkan apa yang mereka dah kumpul selama keluar dari AF. Jangan ingat suara tinggi tapi mereka fikir nyanyian mereka sudah bagus. Tapi tak semestinya saya komen tak bagus bermakna markah mereka rendah, saya nilai dari banyak segi dan perkara. 
Sumber: Astro Gempak

Ramli membuat kenyataan tersebut selepas tamatnya Konsert AF Megastar Homecoming malam tadi.

Minggu Pertama pertandingan yang berlangsung di Royale Theater Shah Alam menyaksikan persaingan sengit antara bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia iaitu Zahid AF2, Ara AF2016, Bob AF2, Firman AF2014, Idayu AF3, Ewal AF2014, Amir Jahari AF9, Adam AF2, Mila AF3, Azhar AF2014, Marsha AF4 dan Sufi AF2015.

Dalam pada itu, Ramli berkata, ada beberapa peserta berjaya menonjolkan bakat sebenar mereka seawal konsert sulung.

Saya kagum dengan Amir Jahari dia kembali dengan lagu yang melambangkan imej sebenarnya, pada saya ia satu bentuk seni yang patut dicontohi. Sementara Bob pula saya tahu dia bagus tapi saya tertanya-tanya mengapa dia memilih lagu (Bukan Cinta Biasa) yang amat senang untuknya bawa. Dia bagus tapi dia simpan. Idayu bagus, penyampaian vokal yang mantap dan dia hebat apabila dapat mempedulikan penonton yang bersorak serta meneruskan nyanyiannya dengan sangat profesional.
Sumber: Astro Gempak

Konsert AF Megastar Homecoming Minggu Kedua bakal mempertaruhkan 12 lagi peserta bersaing bagi merebut 12 kedudukan di peringkat seterusnya.

Keputusan penuh akan diumumkan di hujung konsert minggu hadapan yang mana pemarkahan diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Ramli dan Syafinaz Selamat, dibantu seorang juri undangan setiap minggu.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria setiap Ahad, jam 9 malam. Diacarakan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)