bukan hanya persembahan tetapi ramli ms

Kredit foto: says.com & Instagram Akademi Fantasia

Datuk Ramli MS memberitahu penilaiannya dalam memilih 12 peserta AF Megastar Ahad lalu tidak hanya dipengaruhi oleh faktor persembahan dan mutu vokal sahaja.

Sebaliknya, pengarah muzik itu juga mengambil kira kriteria penyanyi yang layak diangkat sebagai "megastar", mampu diterima dan bertahan sehingga 10 tahun akan datang.

Justeru, Ramli menyeru para peserta yang sudah dipilih untuk mempamerkan keupayaan sebenar mereka dalam persembahan mingguan nanti.

Saya memilih bukan kerana aksi dan persembahan mereka malam ini sahaja. Saya melihat mereka yang terpilih ini mempunyai potensi untuk 10 tahun akan datang. Namun mereka tidak boleh buang masa, mereka perlu tunjukkan sepenuhnya bakat yang mereka ada selepas ini. Mereka mempunyai 'content' yang boleh dibawa dan dikembangkan lagi untuk menjadi seorang 'megastar'. Selain itu kita lihat daripada banyak aspek penjurian lain seperti cara teknikal nyanyian serta kredibiliti mereka sebagai seorang penyanyi.
Sumber: Astro Gempak

Ramli membuat kenyataan tersebut di Konsert Homecoming AF Megastar Minggu Kedua yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam pada Ahad.

12 penyanyi yang disenarai pendek oleh juri adalah Syamel, Indah, Idayu, Bob, Ewal, Marsha, Amir Jahari, Shahir, Adira, Amir, Sufi dan Azhar

Dalam pada itu, Ramli menegaskan aspek yang perlu diambil kira oleh peserta pada masa akan datang adalah pemilihan susunan muzik.

Pengarah muzik itu meminta supaya tidak banyak pengubahsuaian melodi dibuat hingga penyanyi mengalami kesukaran dalam menjiwai lagu.

Malah pemilihan lagu juga penting untuk menyerlahkan kualiti sebenar vokal mereka.

Saya tidak sabar menunggu kreativiti bintang-bintang ini dan saya harap mereka tidak melakukan kesilapan dalam pemilihan susunan muzik. Pada saya lagi banyak pertukaran dalam susuan muzik lagi sukar untuk mereka menjiwai lagu tersebut. Selain itu nasihat saya mereka tidak perlu sombong ketika bernyanyi kerana orang tidak suka jika penyanyi itu cuba menunjuk-nunjuk.
Sumber: Astro Gempak

AF Megastar antara lain turut membariskan guru vokal Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan penyanyi Ziana Zain sebagai juri undangan untuk dua konsert pertama.

Ke udara secara langsung di saluran Astro Ria, setiap hari Ahad, jam 9 malam.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)