3 minggu af megastar berlangsung ramli ms buka mulut 1

Kredit foto: jarigoyang.blogspot.my & Instagram Akademi Fantasia

Juri tetap AF Megastar, Datuk Ramli MS memberitahu kehadirannya dalam program realiti itu bukanlah sekadar untuk mengkritik peserta.

Sebaliknya dia melontarkan pandangan terhadap masa depan mereka untuk dua tahun akan datang.

"Sebenarnya saya jangka sesuatu yang lebih intelektual daripada bintang AF Megastar.

"AF Megastar bukan tempat untuk saya 'kondem' tetapi bila saya komen itu saya cakap untuk masa depan mereka di masa dua tahun akan datang.

"Saya melihat daripada segi cara pemikiran mereka terhadap bidang seni yang diceburi itu.

"Mereka perlu tahu bagaimana hendak menjadikan karier nyanyian sebagai perniagaan," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Terdahulu, Konsert AF Megastar Minggu Ketiga pada Ahad menyaksikan penyingkiran penyanyi Sufi yang memperoleh markah tercorot sekaligus memberi ruang kepada lapan peserta lain untuk ke persaingan minggu hadapan.

Mereka yang terselamat adalah Marsha, Idayu, Bob, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Syamel, Amir dan Shahir.

3 minggu af megastar berlangsung ramli ms buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Dalam pada itu, Ramli berkata, dia berpuas hati dengan prestasi persembahan para peserta setakat ini.

Namun pengarah muzik itu beranggapan kelebihan dalam persaingan akan berpihak kepada penyanyi yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi.

"Saya boleh kata semua menunjukkan prestasi yang konsisten dan bagus dari minggu ke minggu.

"Penyanyi yang cerdik dan berakal akan membuat mereka lebih bagus di atas pentas," katanya lagi.

AF Megastar ke udara secara langsung setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Selain Ramli MS, juri tetap lain yang menilai persembahan peserta ialah guru vokal Syafinaz Selamat bersama seorang juri undangan setiap minggu.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)