siti nurhaliza beri komen persembahan bob 1

Kredit foto: Instagram Bob & hype.my

Konsert Suku Akhir AF Megastar menyaksikan Bob sebagai peserta di tangga pertama hasil markah tertinggi daripada pengadilan juri profesional dan undian penonton.

Bob dengan gaya bersahaja dan tersendiri mempertaruhkan lagu irama tradisonal penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berjudul Nirmala dan Balqis.

Menariknya, persembahan Bob bukan sahaja mendapat respon positif juri tetap Syafinaz Selamat, malah penyanyi asal Siti Nurhaliza turut memberi komen di laman sosial.

Siti menyifatkan Bob sebagai penyanyi lagu irama asli yang baik. Malah dia menganggap penyanyi kelahiran Sarawak itu telah berjaya melantunkan lagu-lagunya dengan sempurna sekali serta dengan cara tersendiri.

siti nurhaliza beri komen persembahan bob 2

Kredit foto: Twitter Siti Nurhaliza

"Aduhai Bob alunan suaranya menyanyikan lagu tradisional tak perlu dipertikaikan. Beliau buat macam lagu sendiri lagu saya, tanpa cacat cela," tulis Siti di Twitter.

Pujian Siti turut mendapat sokongan netizen yang sependapat dengan kenyataannya.

"Memang bagus Bob nyanyi dalam versi sendiri. Tak tiru pun," tulis @mornibin_cd.

"Meremang bulu roma dengar Bob nyanyi lagu itu. Terbaiklah! Memang hebat," celah @ngahsahar.

"Terbaik untuk versi lelaki. Tapi untuk versi wanita, Tok Ti sentiasa di hatiku," kata @amir_nawawi pula.

Konsert suku akhir Ahad lalu menyaksikan penyingkiran Indah Ruhaila, manakala tujuh peserta yang dikekalkan ke minggu separuh akhir ialah Marsha, Amir Jahari, Idayu, Bob, Syamel, Amir dan Shahir.

AF Megastar bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)