Kredit foto: jzonlinenews.blogspot.my

Persembahan penyanyi Bob menjadi antara persembahan terbaik pada minggu pertama Konsert Homecoming Megastar.

Pun begitu, tidak ramai yang tahu penyanyi kelahiran Sarawak ini sebenarnya mengalami masalah kesihatan sejak Disember tahun lalu.

Menurut Bob, dia mendapat penyakit Nodule, di mana peti simpanan suaranya dihuni oleh ketumbuhan kecil yang mengakibatkan gangguan suara.

bob af megastar ada ketumbuhan 2

Kredit foto: Youtube Bob Yusof

Mulanya terkejut apabila doktor maklumkan ia penyakit berkaitan peti suara dan terpaksa menjalani rawatan sehingga Jun lalu. Saya hanya makan ubat hospital dan mujurlah doktor memberitahu tidak perlu menjalani pembedahan kerana ia masih boleh dikawal. Sepanjang proses rawatan saya terpaksa mengurangkan undangan nyanyian bagi memastikan ia benar-benar pulih.
Sumber: Mstar

Dalam masa yang sama, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua itu memberitahu, dia masih menjalani rawatan untuk memastikan kesihatannya pulih sepenuhnya.

Sekarang ini saya boleh katakan sudah sembuh 90 peratus, tapi kadang-kadang sakit itu datang lagi. Saya masih bertemu dengan pakar untuk rawatan susulan dan memerlukan latihan suara yang lebih kerap selepas ini.
Sumber: Mstar

Bercerita lanjut tentang persembahan pada minggu pertama Konsert AF Megastar, Bob berkata, pilihan lagu itu dibuat oleh pihak produksi sendiri tetapi mengikut kesesuaian tema mingguan.

Kami menyenaraikan beberapa buah lagu dan pihak produksi yang menentukan lagu yang bersesuaian dinyanyikan oleh peserta. Sebagai penyanyi, saya tidak kisah apa juga genre lagu diberikan dan akan cuba menyampaikan seikhlas hati. Jika terpilih menjadi 12 peserta AF Megastar, saya akan memperkemaskan lagi persembahan nyanyian dan menggunakan peluang ini sebaiknya.
Sumber: Mstar

Persaingan Minggu Kedua Konsert AF Homecoming bakal menyaksikan pertarungan 12 lagi penyanyi iaitu Shahir, Faizal, Adira, Nubhan, Faizul, Aril, Rosma, Syamel, Amylea, Indah, Anding dan Amir.

AF Megastar bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)