Oleh pada 29 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Man Raja Lawak

    

Pelawak Man Raja Lawak mendedahkan video Khir Rahman mengamuk yang dimuat naiknya di laman Instagram (IG) baru-baru ini, bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa, sebaliknya ia berbentuk gurauan atau prank yang telah dirancang.

Ia bertujuan menyakat dua pelakon yang tiba lewat sewaktu sesi latihan teater, sebagaimana disaksikan dalam rakaman terbabit.

“Sebenarnya, itu video prank. Barisan pelakon teater ini sudah seperti adik-beradik. Setiap hari, ada sahaja antara kami yang terkena prank seperti yang berlaku kepada Chiwan dan Tapai dalam video itu.

“Ramai netizen mengecam tindakan saya memuat naik video berkenaan dalam IG. Perkongsian saya bukanlah mahu memalukan sesiapa, sekadar gurauan antara kami.

"Kepada netizen yang mengecam, saya maafkan. Saya faham mereka tidak mengetahui situasi sebenar.

"Apabila teater ini tamat, setiap pelakon akan memuat naik video prank mereka sendiri,” katanya kepada BH Online.

   

khir rahman

Kredit foto: Instagram Man Raja Lawak

    

Beliau ditemui di malam pratonton teater Korupsi Dewan Semandung yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.

Terdahulu, video dikongsi Man yang memaparkan Khir selaku pengarah, memarahi dua orang pelawak, mengundang kecaman netizen kerana menganggap Man sengaja mengaibkan rakan-rakannya sendiri.

Dalam pada itu, Juara Raja Lawak musim kelima itu berkata, perkongsian rakaman itu antara lain untuk mempromosikan teater tersebut.

“Apabila ada isu seperti ini, penonton buka mata dan menyedari kewujudan teater ini. Saya sengaja meletakkan kapsyen video yang agak panas supaya menjadi bahan sensasi,” katanya.

Pementasan Korupsi Dewan Semandung yang membuka tirai malam ini hingga 1 Mac 2020, turut dijayakan Tauke Jambu, Mark Adam, Vicha Saywho, Joey Daud, Syura dan ramai lagi.

    

Sumber berita: Man Raja Lawak bergurau, tak aib rakan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)