Seorang lelaki mengambil tindakan nekad memecahkan pintu kaca cawangan pejabat telco di Sibu pada 13 haribulan Mac 2017. Datang bersendirian dan menggunakan peralatan kayu golf, beliau memecahkan kesemua pintu kaca pejabat terbabit sambil pengawal keselamatan yang digaji untuk memastikan keselamatan terjamin hanya mampu melihat dan melarikan diri.

Orang Sibu janganlah risau kerana suspek sudahpun ditahan polis dan kayu golfnya itu sudah pun dirampas sebagai bahan bukti. Tujuan beliau mengambil tindakan sedemikian adalah kerana setiap hari, sebanyak RM4 akan ditolak dari akaun prepaid walaupun tiada penggunaan dan aduan telah pun dibuat tetapi tiada tindakan susulan dilakukan.

Kes ini merupakan kes kedua melibatkan syarikat telco yang sama apabila seorang lelaki di Shah Alam bertindak nekad membawa beberapa biji telur ayam lalu dilempar di bahagian dalam pejabat telco tersebut. Tidak dapat dipastikan adakah telur ayam tersebut telur ayam segar atau telur ayam yang sudah busuk. Saksikan video lelaki tersebut membaling telur ayam dibawah.

Diharapkan agar syarikat telco terbabit segera meningkatkan kualiti sebelum seorang lelaki lain datang menyerang pejabat mereka lagi bersenjatakan telur dan kayu golf.



Hakcipta iluminasi.com (2017)