Oleh pada 16 Apr 2017 kategori

chef wan mengamuk tayang jari tengah 895

Kredit foto: Twitter Syazwan

Sebelum ini ramai yang tumpang simpati dengan luahan sayu Chef Wan di Instagram bila beliau bercerita tentang keretakan rumah tangga anaknya, Serina Redzuawan. Kiriman luahan tersebut berjaya mencuri perhatian ramai kerana antara lain turut mendedahkan kemarahan Chef Wan terhadap menantunya. 

Namun ketika kiriman itu menjadi tumpuan, ramai pula peniaga yang mengambil kesempatan dengan mempromosikan produk perniagaan mereka di ruangan komen beliau. 

Susulan itu, Chef Wan dikatakan telah mengamuk kerana peniaga-peniaga tersebut telah mengganggu privasi laman sosialnya. Chef Wan mendakwa mereka sebagai tamak dan bersifat mementingkan diri sendiri. Malah beliau turut menyertakan sekeping foto dirinya yang sedang menayangkan 'jari tengah' - sebagai tanda amaran! 

Tinjauan kami mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Chef Wan kerana menurut mereka, para peniaga ini dilihat seperti tidak tahu menghormati kiriman beliau yang ketika itu sedang bersedih dengan masalah yang menimpa anaknya. 

Bagaimanapun kunjungan kami ke Instagram Chef Wan hari ini mendapati akaun beliau telahpun diletakkan dalam mode private di mana setiap pengguna kini perlu mendapatkan kelulusan untuk menjadi pengikut. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)