biodata ali puteh

Kredit foto: Instagram Ali Puteh

       

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara yang juga ahli kumpulan Puteh bersama Mamak dan Man.

    

Biodata

  • Pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey.
  • Menggunakan nama komersial, Ali Puteh.
  • Kelahiran Gombak, Selangor pada 1989.
  • Berumur 31 tahun.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pelakon dan pengacara sejak tahun 2012.

    

Perjalanan Karier

  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Raja Lawak musim keenam pada tahun 2012 yang mana ketika itu beliau menganggotai kumpulan Albob bersama abangnya, Abam.
  • Pada 2013, beliau bertanding dalam program Bintang Mencari Bintang bersama Mohd Daniel Lee dan menggunakan nama 'Bowl', menjadi protege kepada pelawak senior, Dato Afdlin Shauki.
  • Pada 2015, beliau menubuhkan kumpulan Puteh bersama Mamak dan diangkat sebagai naib juara Projek Komedi Warna.
  • Kejayaannya berterusan di Maharaja Lawak Mega 2016 sebagai pemenang tempat ketiga di peringkat akhir.
  • Penyertaan bersama Man Raja Lawak sebagai ahli baru Puteh membawa kepada kemenangan trofi juara Maharaja Lawak Mega 2019 sekaligus menjadi kemuncak kerjaya seninya setakat ini.
  • Lain-lain pencapaian beliau termasuk menduduki tempat kelima Maharaja Lawak Mega 2017 dan tempat keempat Maharaja Lawak Mega 2018.

     

Kehidupan Peribadi

  • Merupakan anak kepada pasangan Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey (bapa) dan Rosbiah Arshad (ibu).
  • Abangnya, Abam Bocey turut bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelawak.
  • Anak keduanya meninggal dunia pada 26 November 2019 ketika dirinya masih berentap di Maharaja Lawak Mega 2019 minggu kelima.
  • Dugaan baharu menyusul apabila abangnya, Syed Umar Moktar atau Abam Bocey pergi menghadap Ilahi pada 10 Februari 2020 selepas menderita demam panas.

     

Baca: Biodata Pelawak Abam Bocey

Baca: Biodata Pelawak Achey Bocey

Baca: Biodata Pelawak Fad Bocey

     

Foto

ali puteh

abam bocey ali puteh

ali puteh dulu

isteri ali puteh

adik beradik abam

adik abam

kumpulan puteh

Kredit foto: Instagram Ali Puteh

    

Video

Kredit video: “Abam, aku datang dengan mak ni. Bangunlah Abam,” - Ali Puteh

     

Sumber:

1. Wikipedia Ali Puteh

2. Puteh Juara Maharaja Lawak Mega 2019

3. Abam Bocey meninggal dunia [METROTV]

     



Hakcipta iluminasi.com (2017)