Kredit foto: The Star

Biodata

Nama penuh: Zainal Ariffin bin Abdul Hamid

Nama popular: Zaibo

Umur: 62 tahun (2018)

Meninggal dunia: 14 November 2018

Kelahiran: Padang Besar, Perlis, Malaysia

Pendidikan: Ijazah dalam Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM)

Pekerjaan: Pelakon, pelawak, pengacara dan penari

Media sosial: Instagram @zaibo_art_official

Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1970.

2. Sewaktu usia mudanya iaitu pada era 70-an dan 80-an, beliau pernah menari dengan gaya seumpama John Travolta.

3. Membintangi drama siri tarian yang ditayangkan di saluran TV3 berjudul Tari Tirana (2009-2010) sebagai watak Haji Mohsen.

4. Mula popular menerusi karakter dalam sitkom Spanar Jaya (1999-2005). Selain itu, beliau juga menjayakan sitkom terkenal, Under One Roof (1999) dan muncul sebagai pelakon undangan dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu (2000).

5. Antara telefilem popular lakonannya termasuk Aku Kaya (2002), Dee & Moon (2003), Neon (2003) dan Antara Garisan (2009).

6. Tidak terkecuali kemunculannya dalam filem-filem ternama seperti Anna and the King (1999), Soal Hati (2000), Soalnya Siapa (2002), Aku Kaya The Movie (2003), Magika (2010) dan Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014).

7. Beliau juga menyumbangkan suara untuk watak Tok Din dan Mustafa dalam siri animasi Kampung Boy musim pertama.

8. Dilantik sebagai juri tetap rancangan pencarian bakat komedi, Raja Lawak musim ketiga.

9. Meninggal dunia pada 14 November 2018 kira-kira pukul 1.30 petang di Rengit, Johor. Beliau yang menghidap kanser esofagus pada mulanya tidak menyedari keadaan kesihatannya itu, sehingga berdepan kesukaran menelan makanan pada bulan Ramadhan tahun sama. Apabila mendapatkan rawatan, doktor mendedahkan kansernya sudah sampai ke tahap empat.

10. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat.

biodata zaibo pelakon dan pelawak popular 2

Kredit foto: The Star

Kredit video: Mstar

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar [1, 2]

3. Utusan [1, 2]

4. Sinar Harian

5. Kosmo




Hakcipta iluminasi.com (2017)