Kredit foto: Instagram @puabu.official
Bekas peserta Pencetus Ummah, PU Abu, menafikan dakwaan konon dirinya menjadi punca bayi dalam kandungan bekas isterinya, Ain 'Afini Latif tidak aktif.
Abu mendakwa, keruntuhan rumah tangga mereka tidak mempunyai kaitan dengan tekanan dialami wanita itu, sebaliknya hanya kecaman netizen yang mengganggu emosinya.
"Itu (bayi tidak aktif) berita palsu. Saya terus menghantar mesej kepada Ain dan menurutnya, bayi tidak aktif bukan kerana saya, tapi kerana sebahagian kecaman netizen yang membuatkan dia tertekan," katanya yang turut menafikan ada 'membantai' wanita berkenaan untuk naik ke mahkamah.
Tambah Abu, mengikut kata bapa Ain, masalah sedemikian adalah normal di kalangan wanita mengandung yang mana memerlukan lebih masa berehat.
Kredit foto: Instagram @puabu.official
“Dia memaklumkan Ain perlu berehat dan tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Bayi tak aktif (dalam kandungan) itu perkara biasa dan ia berlaku bukan saja kepada Ain, tetapi juga kepada kebanyakan yang bergelar ibu,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan kenyataan Ain yang berasa sedih selepas pemeriksaan doktor mendapati bayi dalam kandungannya kurang aktif.
Dikatakan proses perceraian mereka telah memberikan tekanan kepada wanita itu yang dijangka bersalin pada 10 Julai ini.
Pasangan itu terlebih dahulu bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah, Klang.
Punca perceraian mereka didakwa disebabkan orang ketiga iaitu seorang ibu tunggal dikenali sebagai Hana Azraa yang kini dilaporkan sebagai isteri baru Abu.
Sumber berita: Harian Metro