Oleh pada 14 Jul 2017 kategori

dituduh jadi punca penceraian bekas isteri dedah perangai sebenar faizal af4 1

Kredit foto: Beautifulnara

Gara-gara dituduh menjadi punca penceraian, bekas isteri kepada penyanyi Faizal AF4 iaitu Sahidatul Najiha memberikan pendedahan mengejutkan di akaun Facebooknya.

Dalam status yang disertakan dengan perkongsian video temubual Faizal bersama majalah URTV itu, Najiha mempersoalkan kembali kenyataan yang telah dibuat bekas suaminya kepada pihak media.

dituduh jadi punca penceraian bekas isteri dedah perangai sebenar faizal af4 2

Kredit foto: Facebook Sahidatul Najiha

Berbangga benar beritahu bila tiga kali BERKAHWIN. Bertangungjawab dari segi mana tu? Orang yang bertanggungjawab ni dia laksanakan tugas yang Allah berikan. Bukan bercakap seperti tin kosong! Ting ting, habukpun tiada!

Malah, dalam sebuah kiriman statusnya pada Selasa lalu, Najiha melahirkan perasaan berang dengan tindakan bekas suaminya yang cuba memburukkan beliau dengan menghebahkan kepada umum bahawa dialah yang menjadi punca penceraian.

Najiha menganggap Faizal umpama plastik kerana memberitahu khayalak yang dia tidak memahami karier Faizal sebagai selebriti, sedangkan punca sebenar penceraian adalah sebaliknya.

dituduh jadi punca penceraian bekas isteri dedah perangai sebenar faizal af4 3

Kredit foto: Facebook Sahidatul Najiha

Plastik, kuat bercakap besar. Bukankah kamu yang naik kaki dan tangan serta main perempuan waktu bersama dengan aku?

Dalam kenyataan Najiha bersama media pula, wanita itu tidak mahu mengulas panjang kerana kes tersebut masih dalam perbicaraan mahkamah.

dituduh jadi punca penceraian bekas isteri dedah perangai sebenar faizal af4 4

Kredit foto: Facebook Sahidatul Najiha

Kenyataan yang diberikan olehnya tidak sama dengan apa yang kami lalui. Tidak ada pihak ketiga dan boleh saya katakan kami bercerai disebabkan oleh dia sendiri. Jika dia kata saya tidak boleh menerima kehidupannya sebagai seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini. Saya nekad untuk menfailkan perceraian ini kerana merasakan sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Sumber: Insta Online


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)