Oleh pada 22 Aug 2017 kategori
pengakuan terkini hafiz hamidun belum sentuh isteri dedah punca sebenar 1

Kredit foto: malaysiakini.com

Sebelum ini timbul dakwaan yang mengatakan penyanyi Hafiz Hamidun mempunyai masalah batin sehingga tidak pernah menyentuh isterinya, Joy Revfa. Malah masalah itu juga menyebabkan Hafiz menjauhkan diri sehingga Joy tertanya-tanya akan haknya sebagai isteri.

Menerusi temubual portal hiburan Media Hiburan Online bersama Hafiz semalam, beliau mengakui tidak pernah menyentuh Joy kerana sangsi dengan status perkahwinan mereka.

Sebab tu saya tak sentuh isteri saya sebab ragu-ragu. Bukan sebab masalah batin seperti yang sesetengah netizen katakan.
Sumber: Media Hiburan

Hafiz turut mengakui akan kehadirannya ke mahkamah syariah semalam, namun tidak menjangka Joy membuat kenyataan terlebih dahulu kepada media. Mengikut perbincangan awal, mereka bersepakat untuk menyelesaikan isu perkahwinan ini dengan cara baik tanpa mengenepikan sesama pihak.

Benar saya juga berada di mahkamah syariah tapi saya tak tahu isteri akan buat PC sendiri-sendiri terlebih dahulu.
Sumber: Media Hiburan

Hafiz mendedahkan bakal membuat kenyataan sejurus selepas semua bukti dikumpulkan.

Dalam perkembangan terkini, menerusi tinjauan kami di akaun Instagram Hafiz pada lewat malam semalam, penyanyi itu memberitahu bakal membuat kenyataan balas ringkas pada tengahari ini.

pengakuan terkini hafiz hamidun belum sentuh isteri dedah punca sebenar 2

Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun

Tenang. Biar apa orang nak kata, saya hanya akan bercakap berdasarkan fakta bukannya emosi. Maaf jika ramai yang menanti kenyataan balas daripada saya. InsyaAllah akan saya buat satu kenyataan ringkas pada tengahari ini 22 Ogos 2017.

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen berharap Hafiz dapat bersabar dengan tohmahan yang dilemparkan orang ramai kerana kebenaran akan berpihak kepadanya apabila semua bukti sudah dikumpulkan. Apapun, sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Hafiz hari ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)