Oleh pada 04 Apr 2020 kategori

pu abu curang

Kredit foto: Instagram Hana Azraa & Instagram PU Abu

     

Perkahwinan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan atau PU Abu bersama isterinya, Hana Azraa akhirnya sampai ke titik penghujung.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Hana dalam kiriman di laman sosial Instagramnya.

Hana berkata, dia enggan lagi terpalit dengan sebarang dakwaan membabitkan rumah tangganya dengan pendakwah itu sejurus pencerahan yang diberikan.

"Di sini, saya perjelaskan untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya dan sebarang spekulasi serta manipulasi dari mana-mana pihak.

"Pertama sekali, benar saya dan Abu Sufyan sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, kami tidak lagi tinggal sebumbung dan kami bukan lagi suami isteri.

"Andai keluar dari mulut dia bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang diucap keluar dari mulutnya," tulis Hana.

    

Baca: Biodata Pendakwah PU Abu

Baca: Biodata Hana Azraa, Isteri Pendakwah PU Abu

    

pu abu bercerai

    

Terdahulu, pasangan itu berkahwin pada Mei 2019 sebelum dianugerahkan anak bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.

PU Abu merupakan bekas suami Ain 'Afini yang mana perkongsian hidup mereka berakhir pada 16 Mei 2019 apabila jatuhnya talak antara mereka.

Sementara itu, Hana berkata, dia menolak untuk melayan sebarang pertanyaaan berkaitan hubungan Abu dengan mana-mana wanita lain, sebaliknya meminta agar soalan itu diajukan terus kepada bekas suaminya itu.

"Keduanya, berhenti bertanyakan pada saya soal hubungan Abu Sufyan dengan mana-mana wanita, sama ada wanita itu berstatus isteri beliau ataupun tidak, sila bertanyakan pada tuan empunya badan, tolong ya," tegasnya.

Untuk info, sebelum bernikah dengan Abu, Hana merupakan seorang janda anak satu. Anaknya bernama Afifah Aisyah yang kini mencecah usia empat tahun.

      

Sumber berita: "Kami Bukan Lagi Suami Isteri" - Hana Azraa & PU Abu Berpisah

       



Hakcipta iluminasi.com (2017)