Kredit foto: Instagram Pencetus Ummah Abu

Biodata

1. Pemilik nama penuh Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi. Popular dengan nama komersial, PU Abu.

2. Kelahiran Kuala Lumpur.

3. Berusia 25 tahun.

4. Bekas peserta Pencetus Ummah musim ketiga (PU2015) di bawah bimbingan Muallim, PU Hafiz dan Mudir, Datuk Ustaz Kazim Elias. Menggunakan tagline "Sado Sado Juga, Ilmu Biar Berado" sewaktu bertanding dalam program realiti berkenaan.

5. Pernah bekerja sebagai guru ganti dan guru tuisyen.

6. Sehingga kini, akaun Instagramnya yang menggunakan nama Muhammad Abu Sufyan atau @Pu_Abu sudahpun mengumpul lebih 42,000 pengikut. Ia merupakan satu-satunya laman sosial dimiliki beliau setakat ini.

7. Lewat ini, kecoh apabila bekas isterinya, Ain Afini menerusi laman Instagram mendakwa telah diceraikan menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu, ketika sedang sarat mengandung. Katanya, pendakwah itu kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan janda beranak satu dikenali sebagai Hana Azraa. Namun Abu enggan mengulas lanjut apabila ditanyakan status hubungannya dengan Hana setelah didakwa sudah bernikah.

         

Info Rancangan Pencetus Ummah 2015

  • Bersiaran bermula 15 Oktober 2015 bersamaan 02 Muharram 1437H menerusi slot 'Mimbar Pencetus Ummah', siaran langsung di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD.
  • Merupakan program realiti Islamik yang mengenengahkan bakat pendakwah di kalangan 12 lelaki Muslim dengan latar belakang yang berbeza dan menarik.
  • Dihoskan Ustaz Hj. Zulkifli Hamat dan pelawak, Hj. Shamsul Ghau Ghau. Sementara itu, Datuk Ustaz Kazim Elias dan Hajjah Habsah Omar atau Abby Fana menduduki kerusi juri tetap. Tenaga pengajar terdiri daripada Ustaz Kazim sebagai 'mudir' atau pengetua. Manakala, Imam Muda Asyraf, PU Hafiz dan PU Azman memegang peranan sebagai 'muallim' (mentor), bersama Fauziah Dato' Ahmad Daud (Ogy) selaku guru persembahan.
  • Di peringkat akhir, PU Syed ditabalkan sebagai juara, PU Taha di tangga kedua, diikuti PU Zaid di kedudukan ketiga, sementara PU Amin hanya mampu berpuas hati di tempat keempat.
  • Terdahulu PU Hafiz mengungguli musim pertama, disusuli PU Azman sebagai juara musim kedua.

Foto

biodata pu abu pendakwah yang didakwa menceraikan isterinya 2

biodata pu abu pendakwah yang didakwa menceraikan isterinya 3

biodata pu abu pendakwah yang didakwa menceraikan isterinya 4

biodata pu abu pendakwah yang didakwa menceraikan isterinya 5

biodata pu abu pendakwah yang didakwa menceraikan isterinya 6

Kredit foto: Instagram Pencetus Ummah Abu

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Astro Awani

3. Mstar

4. Selongkar10




Hakcipta iluminasi.com (2017)