Oleh pada 22 May 2019 kategori

saya menangis cuma rupanya hana azraa dah kenal pu abu sejak 1

Kredit foto: Instagram @hanaazraa & Instagram @puabu.official

         

Hana Azraa, 25, menjelaskan tindakannya menutup bahagian komen di laman sosial, Instagram kerana enggan membuka ruang untuk netizen menyebarkan fitnah dan bergaduh.

Namun, Hana yang juga isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, 25, berkata, dia tetap memohon maaf seandainya ada memberi komen balas yang menyentuh hati mana-mana pihak.

"Mereka (netizen) tak salah, saya tak kisah pun cuma nak minta maaf pada beberapa orang yang saya ada balas secara beremosi.

"Bila nak on komen di Instagram? Nanti ya. Sebab saya tak nak buka ruang untuk kalian menfitnah, bergaduh, aib, maki dan sebagainya," katanya menurut portal Mstar.

Kenyataan itu dibuat sebagai menjawab beberapa soalan diajukan pengikutnya menerusi ruangan Instastory.

Difahamkan, wanita yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata itu telahpun mengenali PU Abu sejak kira-kira lima tahun lalu.

Mengakui adakalanya goyah berhadapan kecaman netizen, Hana bagaimanapun memilih untuk bersangka baik serta lebih melihat hikmah di sebalik sesuatu dugaan yang berlaku.

       

saya menangis cuma rupanya hana azraa dah kenal pu abu sejak 2

Kredit foto: Instagram @hanaazraa

       

"Saya yakin ada hikmah disebalik apa berlaku. Allah tak buat sesuatu tanpa sebab dan dia juga tak menguji hambanya melainkan dia tahu kita mampu.

"Kadang-kadang tak kuat juga. Saya menangis saja cuma tak update. Bersangka baik dan berada di sekeliling orang-orang positif," katanya.

Terdahulu, nama Hana terpalit dalam isu pergolakan rumah tangga PU Abu selepas bekas isteri pendakwah itu, Ain Afini mendakwa wanita berkenaan menjadi 'orang ketiga' yang menyebabkannya diceraikan ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan.

       

Sumber berita: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)