Oleh pada 12 Jul 2019 kategori

pu abu sound caprice ini puncanya 1

Kredit foto: Instagram @puabu.official & Instagram @capriceofficial

     

Baru-baru ini, warganet kembali kecoh membincangkan topik rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang dikatakan berantakan, kali ini membabitkan isteri terbaharunya, Hana Azraa.

Hana mendedahkan dia dan PU Abu tidak lagi tinggal sebumbung dan sedang dalam proses bercerai.

Muncul dalam video menerusi laman sosial Instagram, lewat malam tadi, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaid, 25, menyangkal dakwaan kepincangan hubungan seperti yang didakwa.

Melihat dari sudut positif, PU Abu secara peribadi menganggap, apa yang terjadi hanyalah konflik kecil, selain meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan perkara terbabit.

     

pu abu sound caprice ini puncanya 2

Kredit foto: Instagram @puabu.official

      

“Hubungan saya dengan isteri iaitu Hana Azraa… kami baik-baik sahaja. Kami okey, kami masih suami isteri. Kami masih tinggal sebumbung, bukan dua bumbung tapi satu bumbung.

“Jadi spekulasi baru-baru ini adalah konflik kecil yang berlaku di antara kami. Biasalah rumah tangga... sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula kusyen dengan sofa.

“Saya harap netizen doa yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni,” katanya.

Beliau bagaimanapun memadamkan perkongsian video berkenaan beberapa minit kemudian.

Sebelum ini, Hana atau nama sebenarnya, Nurhannah Azra Mohd Zakir mendedahkan perkahwinan mereka kini bergolak dan berada di ambang perceraian, serta enggan dikaitkan lagi dengan PU Abu.

Malah masing-masing sudah tidak saling mengikut di Instagram.

Isu itu kemudian mendapat reaksi balas penyanyi Caprice yang memberikan komen pedas, antaranya berbunyi:

“Kita daripada pihak bad boys nak ucapkan ribuan terima kasih kepada PU Abu kerana anda buat budak nakal seperti kami nampak baik. Halal, bang, chow.

“Kita ada PU yang tak tahu nak kahwin. Ini adalah bukti bahawa sebenarnya kita boleh jadi bodoh serta buat silap dan kita semua gatal".

Dalam pada itu, PU Abu meluahkan rasa tidak puas hati ekoran ulasan dibuat bintang hip hop itu.

“Kepada someone (seseorang) atau sesiapa sahaja yang mungkin tak tahu asal usul cerita A sampai Z, lebih baik diam jangan ulas atau komen apa-apa.

“Sebab kalau kita komen fasal benda tak betul, ia boleh jadi fitnah dan kalau betul sekalipun, ia jadi mengumpat. Daripada cakap tak baik fasal orang, lebih baik diam atau doa yang baik-baik tentang orang tu.

“Sebab (dosa) kita dengan Tuhan boleh minta ampun denganNya tapi kalau (dosa) dengan manusia, kita kena cari dia dekat Padang Mahsyar untuk minta maaf dengan dia. Bang, bang, bang...” kata PU Abu.

Meskipun tidak mendedahkan gerangan individu dimaksudkan, rata-rata pihak membuat tanggapan ia ditujukan kepada Caprice, merujuk tagline "Bang, bang, bang” yang sering digunakan penyanyi rap itu.

       

Sumber berita: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)