Kredit foto: Instagram @hanaazraa

Biodata

1. Anak kedua daripada tiga adik beradik.

2. Berketinggian 156 sentimeter, manakala beratnya 43 kilogram.

3. Menetap di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah.

4. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darul Aman, Jitra, Kedah dan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia.

5. Berkelulusan Diploma Pengurusan Pelancongan daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

6. Kini bergelar usahawan kosmetik.

      

Fakta Menarik

1. Pernah mendirikan rumah tangga di usia 20 tahun dan hasil perkahwinan sulung itu, beliau dikurniakan seorang cahaya mata.

2. Mula 'berhijrah' pada tahun lepas iaitu sebelum kedua ibu bapanya bertolak menunaikan haji.

3. Sewaktu awal mengenakan niqab, beliau akui pernah menyembunyikan imej itu daripada pengetahuan keluarga.

4. Mengakui sukar untuk terus istiqamah dan sehingga kini masih 'struggle'.

5. Mula berbisnes secara kecil-kecilan sewaktu masih menuntut di Politeknik kerana wang perbelanjaan yang disalurkan bapanya ketika itu tidak mencukupi iaitu hanya RM50 seminggu. Beliau bermula dengan berniaga nasi lemak dan ayam goreng di usia 20 tahun, sebelum beralih ke bidang perniagaan kosmetik di usia 22 tahun, menerusi penerbitan jenama Hana Skincare.

6. Menegaskan kejayaannya dalam bidang kosmetik adalah kerana minat, bukan atas bantuan 'orang dalam' atau kenalan rapat sebagaimana dianggap segelintir pihak.

7. Untuk memulakan bisnes, beliau menasihatkan individu di luar sana agar sentiasa fokus dan menetapkan matlamat.

8. Hana bukanlah bekas pelajar mana-mana sekolah tahfiz seperti diandaikan sesetengah netizen.

9. Mengakui merupakan antara penggemar kucing, namun takut mendekati si comel itu!

10. Makanan kegemarannya, ayam panggang.

11. Mengenali PU Abu sejak lima tahun lalu.

        

Foto

biodata hana azraa isteri pendakwah pu abu 2

biodata hana azraa isteri pendakwah pu abu 3

biodata hana azraa isteri pendakwah pu abu 4

biodata hana azraa isteri pendakwah pu abu 5

biodata hana azraa isteri pendakwah pu abu 6

Kredit foto: Instagram @hanaazraa

       

Sumber:

1. Instagram @hanaazraa

2. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)