Banyak teori yang dikaji bagi menerangkan tentang keruntuhan tamadun kaum Maya (Mayan). Namun, selama ini bukti yang diketengahkan tidak membawa kepada sebarang kesimpulan, sehinggalah hari ini.
Empayar Maya terletak di tempat yang hari ini dikenali sebagai Guatemala, merupakan pusat kebudayaan yang begitu cemerlang dari segi pertanian, seni tembikar, penulisan dan ilmu matematik.
BESARKAN TEKS A- A+
Tamadun ini berada pada puncak kegemilangannya pada kurun ke-6. Walaupun begitu, pada kurun ke-9 menyaksikan kebanyakan dari bandar maju mereka telah ditinggalkan dan terbiar.
Selama berabad-abad lamanya, para pengkaji cuba untuk memahami bagaimana tamadun sehebat ini boleh runtuh dengan begitu pantas. Namun, baru-baru ini terdapat laporan saintifik yang disahkan kualitinya bagi membuktikan apa yang berlaku. Jawapannya ialah disebabkan kemarau.
Perkara penting untuk merungkai misteri ini terletak pada Tasik Chichancanab di Semenanjung Yucatan. Para pengkaji telah memeriksa kandungan oksigen dan hidrogen di dalam mendapan tanah dari tasik yang berhampiran dengan penempatan kaum Maya.
Seorang pengkaji dari Universiti Cambridge yang juga penulis bersama laporan ini iaitu Nicholas Evans telah mengukur komposisi atom bagi mengetahui berapa cepatnya kadar air tasik itu telah mengering pada penghujung tamadun Maya.
Menurut Washington Post, kajian mendapan tanah itu merupakan perkara asas untuk mengetahui sejarah tasik itu. Para saintis telah memeriksa lapisan-lapisan tanah dan merekodkan infomasi yang dijumpai untuk membangunkan semula keadaan tasik itu pada masa dahulu.
Setelah dikaji, Evans bersama pasukannya telah membuat kesimpulan bahawa jumlah curah hujan telah menurun sebanyak 41 hingga 54 peratus di kawasan berdekatan tasik itu dalam tempoh lebih kurang selama 400 tahun.
Laporan itu juga mendedahkan kelembapan kawasan itu juga telah turun sebanyak 2 hingga 7 peratus. Jika digabungkan kedua-dua faktor ini akan menyebabkan kesan buruk kepada pengeluaran tanaman tamadun ini.
Disebabkan keadaan kemarau ini kerap berlaku selama lebih dari beberapa ratus tahun, tamadun ini tidak mampu menghasilkan simpanan makanan yang mencukupi dan membawa kepada keruntuhan empayar itu.
Walaupun kajian ini membuktikan bahawa kemarau adalah punca utama kejatuhan empayar Maya, ada persoalan lain yang menjadi tanda tany. Apakah yang menyebabnya kawasan ini berlaku kemarau?
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa penebangan atau pembasmian hutan untuk tujuan memperluaskan kawasan adalah punca utama penyebab berlakunya kemarau.
Nicholas Evans juga berkata ia mungkin berpunca dari perubahan kitaran atmosfera dan juga penurunan putaran angin tropikal yang berlaku. Seorang professor geosains di Universiti Nevada, Las Vegas iaitu Matthew Lachinet berkata kajian ini amat memberi kesan kerana ia menunjukkan bagaimana manusia boleh menjadi penyebab kepada berlakunya perubahan cuaca.
Walaupun dengan penemuan baru ini, sebenarnya masih banyak lagi yang perlu dipelajari mengenai kejatuhan tamadun Maya yang dahulunya dikira begitu hebat.
Rujukan:
2. IFL Science