Hari ini kita sering berfikiran bahawa manusia sedang berada pada kemuncak kemajuan teknologi. Kita juga berpendapat bahawa teknologi purba tidak setaraf atau semoden seperti yang kita miliki.
Sebenarnya, banyak teknologi pada zaman purba adalah efektif walaupun ia kelihatan tidak moden dan ketinggalan zaman. Ramai pengkaji yang masih buntu bagaimana manusia zaman dahulu dapat mencipta teknologi dengan kemajuan yang begitu terhad. Berikut adalah beberapa teknologi zaman purba yang mungkin mengejutkan anda.
8. Bateri Baghdad
Bateri Baghdad ini telah ditemui di dalam runtuhan Iraq Purba dan menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli arkeologi. Penemuan Bateri Baghdad ini adalah berupa sebuah bekas seramik dengan tiub tembaga dan batang besi di dalamnya.
BESARKAN TEKS A- A+
Walaupun pakar bebas seperti Mythbusterstelah membuktikan ianya berkemungkinan besar adalah sebuah bateri, sesetengah ahli arkeologi tetap berkeras kepala mengatakan ia adalah tempat simpanan barangan. Ini kerana jika mereka mengakui ianya sebuah bateri, maka ia akan memusnahkan banyak tanggapan yang mereka buat berkenaan sejarah.
Persoalannya, jika benar penemuan itu sebuah bateri, untuk apakah ia digunakan. Ada pendapat ia digunakan untuk proses penyalutan emas kepada bahan besi dalam melakukan kerja logam, ada juga berpendapat ia digunakan sebagai terapi elektrik untuk kegunaan perubatan.
Malangnya tanpa bukti fizikal atau penulisan yang kukuh, ianya sukar untuk disahkan. Para arkeologi berpendapat mungkin sebahagian daripada bukti telah dicuri semasa kejatuhan tamadun ini. Para pengkaji juga berharap mereka menemui jawapan yang sebenar pada masa hadapan dan mengubah segala sangakaan.
7. Teknologi penghawa dingin
Ramai berfikir bahawa penghawa dingin adalah sesuate teknologi moden yang kita miliki. Kini kebanyakan dari kita tidak boleh hidup tanpanya walaupun ia diperdebatkan tidak baik untuk alam sekitar. Namun, tahukah anda bahawa teknologi ini sudah lama wujud?
Tamadun Rom purba sudahpun mempunyai sistem saliran air yang melalui paip di dalam rumah mereka untuk membuatkan ia sejuk sepajang tahun. Di kebanyakan bahagian di Timur Tengah pula mereka mempunyai binaan rumah berbentuk serombong tirus bagi mewujudkan efek angin sejuk.
Ada beberapa beradaban yang memanfaatkan kedinginan tanah dengan membina rumah bahkan keseluruhan bandar yang sebahagiannya berada dalam tanah bagi menyejukkan diri mereka dengan berkesan.
Begitu juga dengan pemakaian penduduk di padang pasir. Ia kelihatan pelik apabila mereka memakai beberapa lapisan pakaian dalam cuaca yang begitu panas. Kajian sains membuktikan ia sebenarnya bertujuan bagi menyejukkan badan dengan mengekalkan kelembapan peluh yang keluar. Jika anda membuka baju dalam cuaca panas, ia akan membuatkan peluh anda kering dan kelembapan dalam tubuh hilang dengan cepat.
6. Belon udara panas
Belon udara panas ketika ini adalah salah satu teknologi yang memerlukan latihan, kepakaran dan kefahaman tentang keadaan cuaca. Belon udara panas juga pernah digunakan untuk tujuan mengembara.
Walaupun begitu, pada zaman China purba, teknologi ini sudahpun ada. Mereka menggunakan belon udara panas yang lebih kecil yang digunakan untuk menghantar pesanan. Ketika perang, mereka menggunakan pelbagai jenis belon udara panas sebagai pesanan atau arahan perang kepada satu sama lain.
5. Peti sejuk purba
Peti sejuk merupakan ciptaan moden yang amat penting bagi kegunaan manusia. Peti sejuk moden menggunakan sumber elektrik namun mempunyai kesan buruk jangka panjang terhadap alam sekitar. Namun, tahukah anda manusia telah lama melakukan perkara kreatif dalam memastikan makanan tidak basi?
Masyarakat Rom purba telah mencipta peti sejuk bawah tanah dengan mengambil salji di kawasan pergunungan. Salji itu akan diletak meliputi bilik bawah tanah tempat mereka menyimpan makanan, kemudian menutupnya semula dengan lapisan tanah yang lain di atasnya. Dengan cara ini mereka dapat mengekalkan udara sejuk untuk waktu yang lebih lama.
Ini kerana udara sejuk adalah lebih tumpat berbanding udara panas. Lebih dalam tempat mereka menyimpan makanan maka lebih baiklah peredaran udara sejuk yang mereka perolehi.
4. Pengunaan senjata api
Senjata api dikenalpasti sebagai senjata paling banyak menyebabkan kematian. Banyak kejadian pembunuhan dikenalpasti melibatkan senjata api. Pihak tentera pula sedang giat menambah baik senjara api mereka untuk lebih kuat dan berkesan. Namun tahukah anda teknologi senjata api ini bukanlah sesuatu yang baharu?
Sebenarnya senapang telah direkodkan penggunaannya lebih lama dari senapang lantak (musket). Penggunaan senjata api pertama yang direkodkan ialah sejak tahun 1364 lagi. Malah banyak lukisan pada kurun ke-16 memaparkan masyarakat Medievel Eropah juga sudah memegang senjata api.
Bahkan negara Jepun pada pertengahan tahun 1500-an hingga 1600-an juga telah menghasilkan senjata api dengan banyaknya untuk kegunaan perang. Namun, ironiknya kini senjata api telah dikawal dengan ketat di negara matahari terbit itu.
3. Mekanisma Antikythera
Hari ini, kita menyangka pemahaman kita tentang matematik adalah jauh lebih maju daripada apa yang manusia purba dapat lakukan. Namun kita sebenarnya mungkin tidak sehebat yang disangka.
Satu alat yang dinamakan Mekanisma Antikythera telah dijumpai di perairan Greece berhampiran pulau yang dinamakan Antikhythera pada awal tahun 1900-an. Penemuan ini telah mengubah banyak tanggapan mengenai bagaimana kita memikirkan tentang masyarakat purba.
Alat yang ditemui itu diperbuat daripada 37 jenis selengkap roda bergigi keluli dan besi. Cara bagaimana ia berfungsi adalah terlalu rumit untuk difahami. Ia direka seakan sebuah komputer analog yang boleh meramal pergerakan bintang, perubahan fasa bulan dan pelbagai pengiraan astronomi lain dengan kemajuan dan ketepatan yang menakjubkan.
Para pengkaji berpendapat ia direka oleh sepasukan saintis Greek purba bertarikh sekitar tahun 200-100 SM. Bagi sesetengah orang ianya bukanlah sesuatu yang canggih pada zaman ini tetapi cuba bayangkan mekanisma Antikythera ini tidak menggunakan tenaga elektrik, tidak mempunyai skrin untuk menunjukkan keputusan dan boleh melakukan apa yang komputer moden mampu dari segi pengiraan astronomi.
2. Teknologi GPS
Dengan teknologi GPS yang kita ada pada hari ini, ia banyak membantu kita dalam menentukan arah tuju ke destinasi yang diinginkan. Dengan hanya menaip atau memberi arahan kepada telefon pintar, kita tidak lagi perlu melihat papan tanda untuk mengetahui arah yang dituju.
Masyarakat purba tidak mempunyai kemodenan seperti ini. Mereka bergantung kepada kedudukan bintang namun apa yang mengejutkan ialah mereka juga mempunyai alat yang dikira canggih dan mampu untuk menentukan arah tuju bahkan mungkin lebih baik lagi.
Alat seperti Sextant ciptaan John Hadley merupakan alat yang biasanya digunakan oleh kelasi untuk mengukur sudut garis ufuk dan bintang bagi menentukan kedudukan. Bagi seseorang yang mempunyai pengetahuan astronomi, alat ini membantu untuk mengemudi arah dengan sangat efektif.
Satu lagi ciptaan adalah Bygrave Posiotion-Line Slide Rule, sebuah alat ciptaan Kapten L. C. Bygrave dan amat berguna untuk pengiraan navigasi ketika terbang di udara semasa Perang Dunia pertama. Alat-alat ini adalah sangat berkesan jauh sebelum adanya komputer.
1. Baju perisai purba seperti Kevlar
Sejak dari dahulu lagi menusia telah mencuba pelbagai jenis baju perisai samada ia diperbuat dari kulit ataupun besi. Namun, hasilnya tidaklah begitu efektif sehinggalah kepada penemuan terbaru iaitu Kevlar yang memberi perlindungan terbaik setakat ini.
Sebenarnya, Kevlar bukanlah sesuatu pencapaian dari kemajuan teknologi. Pada asasnya ia cuma beberapa lapisan gentian yang disatukan dengan padat agar memberikan tentangan yang bagus terhadap peluru ataupun benda tajam yang lain.
Terdapat beberapa penulisan sejarah yang memberitahu penggunaan baju perisai seperti ini sejak zaman purba lagi. Masyarakat Greek purba dikatakan telahpun menggunakan baju perisai ini dan ia merupakan yang terbaik untuk melindungi diri daripada anak panah berbanding baju perisai lain.
Ahli sejarah di University of Wisconsin Green Bay telah mengkaji perkara ini dan telah membangunkan semula baju perisai yang pernah dipakai oleh Alexander the Great dan tenteranya, yang diberi nama linothorax. Ia adalah sama dengan Kevlar yang menggunakan pelbagai lapisan gentian fiber.
Disebabkan penggunaan gentiannya yang mudah terhakis, tidak banyak bukti baju perisai jenis ini yang tinggal berbanding baju perisai besi atau kulit, hanyalah pada penulisan sahaja.