Sehingga kini, tiada pengkaji dan saintis yang dapat merungkai sebenar-benarnya bagaimana piramid diciptakan. Masih terdapat banyak perkara yang masih menjadi misteri. Mengikut sejarah, piramid terbesar didunia yang dikenali sebagai Great Pyramid telah dibina pada zaman Firaun Khufu pada abad 2550 sebelum Masihi.

Piramid kedua pula telah dibina ketika zaman anak Khufu, iaitu Firaun Khafre sekitar abad 2520 sebelum Masihi. Piramid ketiga pula dibina pada zaman Firaun Menkaure sekitar abad 2490 sebelum Mashi.

Menurut para saintis, kira-kira 20,000 orang pekerja telah digunakan untuk membina Great Pyramid. Tempoh masa pembinaanya pula mengambil masa kira-kira 20 tahun. Mari kita lihat beberapa ciri yang ada pada piramid ini sebenarnya membuktikan kemajuan teknologi kejuruteraan zaman Mesir purba dahulu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Saiz Bahan Binaan Yang Besar dan Sangat Berat

Piramid-piramid yang ada semuanya dibina dengan bongkahan batu yang besar dan sangat berat. Great Piramid, iaitu piramid paling besar di dunia dibina menggunakan 2.3 juta bongkah batu di mana ianya seberat 2.5 hingga 15 tan setiap satunya. Mengikut ahli arkeologi, batu-batu tersebut telah diangkut daripada kawasan kuari terdekat. Bagaimanakah para pekerja mengangkut batu-batu yang sangat besar dan berat tersebut? Ianya masih lagi menjadi satu misteri.

Antara teori yang popular adalah penggunaan tanjakan (ramp) yang diperbuat daripada kayu. Walau bagaimanapun, ianya tetap menjadi perdebatan memandangkan berat bongkahan kayu yang sangat berat tidak memungkinkan kayu dapat menampung beratnya.

2. Kedudukan dan Susun Atur Piramid

kedudukan piramid

Terdapat banyak teori yang tersebar mengenai kedudukan piramid, terutamanya Great Piramid. Walau bagaimanapun, hampir kesemua teori ini sependapat mengatakan kedudukan piramid ini berpandukan kedudukan bintang di langit.

Mengikut kiraan, paksi utara-selatan piramid berada di kedudukan 0.15 darjah daripada paksi sebenar utara-selatan. Walau bagaimanapun, apa yang mengagumkan para saintis adalah pada zaman dahulu mereka masih lagi belum mempunyai penetapan paksi utara-selatan seperti yang digunakan pada masa sekarang. Oleh itu, penentuan kedudukan piramid ini sudah tentulah memerlukan algoritma dan pengiraan yang kompleks berdasarkan kedudukan matahari dan bintang.

3. 8 Bucu

piramid 8 bucu

Tahukah anda bahawa piramid mempunyai 8 bucu? Ramai daripada kita menganggap bahawa piramid mempunyai 4 bucu sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya diperhatikan daripada dekat, terdapat 4 bucu tambahan pada bahagian atas/puncak piramid. Ciri-ciri ini terdapat pada semua piramid yang dibina pada zaman dahulu.

Antara pendapat popular mengenai 4 bucu pada bahagian atas piramid adalah ianya berfungsi untuk memberi sokongan dan memastikan kedudukan batu-batu yang membentuk piramid tersebut. Apapun teorinya, ketepatan susunan batu-batu yang membentuk piramid ini sesuatu yang mengagumkan.

4. Keranda Firaun

keranda firaun

Ahli arkeologi biasanya akan menemukan keranda Firaun dalam setiap piramid yang dibina. Apabila keranda Firaun Khufu ditemui dalam Great Piramid, ianya menimbulkan banyak persoalan bagaimana keranda yang besar dan berat itu boleh dibawa masuk ke dalam piramid. Keranda yang dijumpai itu adalah seberat 3.57 tan.

Antara teori yang popular mengenai keranda itu adalah ianya dibawa masuk ketika piramid tersebut masih lagi dalam pembinaan. Keranda tersebut yang dibina daripada bahan granit yang keras dan terdapat tanda lubang yang ditebuk padanya menimbulkan persoalan dalam kalangan saintis apakah alat yang digunakan untuk membuatnya. Adakah alat pertukangan biasa yang diperbuat daripada kayu mampu menghasilkan perkara tersebut?

5. Misteri Titik Haba

heat spot pada piramid

Pada 2015, satu kajian pengesanan titik haba (thermal scan) telah menunjukkan sebahagian tempat pada Great Piramid ini mempunyai titik haba yang lebih tinggi daripada bahagian lain. Terdapat pelbagai teori yang terhasil daripada penemuan ini. Ada saintis yang mendakwa kawasan yang dikesan mempunyai titik haba tinggi ini mempunyai satu lorong pada bahagian bawahnya yang menuju ke bilik rahsia.

Beberapa ciri piramid yang dinyatakan di atas, serta beberapa ciri lain yang ditemui padanya membuktikan bahawa pembinaan piramid sememangya membuktikan kemajuan teknologi kejuruteraan pada zaman dahulu. Tanpa penemuan baru seperti alatan yang digunakan dan catatan purba mengenainya membuatkan teknologi kejuruteraan yang membina piramid masih menjadi misteri yang sukar dirungkai.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)