Hutan Amazon merupakan salah satu kawasan di muka Bumi yang belum dikaji sepenuhnya. Sejak dahulu lagi, para pengkaji sejarah di Barat telah berusaha mencari penempatan dan peninggalan sebuah bandar yang telah lenyap di hutan Amazon namun usaha ini sangat sukar kerana keadaan hutan tebal di sana. 

Pencarian untuk "El Dorado", sebuah bandar emas telah menarik ramai penjelajah Sepanyol dari jauh dan sebahagian daripada mereka tidak pernah kembali. Baru-baru ini pada abad ke-20, penjelajah British Percy Fawcett telah masuk ke hutan Amazon untuk mencari bandar tersebut namun lenyap tanpa dapat dijejaki.

Ahli arkeologi telah menemui runtuhan rangkaian penempatan yang luas tersembunyi di bawah semak belukar Amazon Bolivia, dalam apa yang digambarkan sebagai bukti paling jelas tentang ketamudan sebuah masyarakat yang berkembang pesat di wilayah hutan belantara asli itu.

Sejak itu, penggalian telah menemui bukti budaya tamadun "Casarabe", yang berkembang di kawasan itu dari AD500 hingga 1400.

Rangkaian bandar purba itu menjangkau ratusan batu persegi. Penemuannya bermula lebih dari satu abad yang lalu apabila ahli arkeologi menemui bentuk muka Bumi unik seumpama bekas penempatan satu ketika dahulu. Penggalian sejak itu mengesahkan kawasan itu pernah didiami oleh orang "Casarabe", tetapi hanya teknologi moden yang boleh membuktikan lebih lanjut dakwaan itu. 

Penggunaan teknologi "Liddar"

llanos de mojos 502

Walaupun kesan runtuhan bandar kekal sangat sukar ditemui di hutan tebal dan terpencil, teknologi masakini telah membantu dalam pencarian tapak penempatan ini.

Teknologi pengesanan dengan satelit telah mendedahkan kemungkinan kehadiran penempatan ini. Tetapi kesukaran bekerja di kawasan tropika dengan litupan tumbuh-tumbuhan yang tebal mengaburkan tahap dan corak tapak pnempatan yang sebenar.

Pada 2019, ahli arkeologi Heiko PrĂ¼mers dan pasukannya mula terbang melintasi wilayah itu dengan helikopter, memetakan tanah di bawahnya dengan laser. Kumpulan saintis ini menggunakan teknologi penderiaan jauh berasaskan cahaya (liddar) untuk "menghilangkan" kanopi secara digital dan mengenal pasti runtuhan purba penempatan bandar yang luas di sekitar Llanos de Mojos di Amazon Bolivia yang telah ditinggalkan kira-kira 600 tahun lalu.

Imej-imej penemuan itu mendedahkan, secara terperinci, kubu kuat Budaya Casarabe yang kompleks dari segi sosial (500-1400 C.E.) dengan pusat bandar yang mempunyai platform monumental dan seni bina piramid.

tamadun casarabe 970

Tambak yang dinaikkan menghubungkan jaringan penempatan seperti pinggir bandar yang terbentang berbatu-batu merentasi landskap yang dibentuk oleh sistem kawalan dan pengagihan air besar-besaran dengan takungan dan terusan. Dipercayai orang Casarabe tinggal disini lebih 1000 tahun sebelum lenyap.

Tapak ini adalah penemuan paling menarik untuk menunjukkan bahawa hutan 'belantara' hutan hujan Amazon sebenarrnya pernah mempunyai penduduk yang padat dan kewujudan bandar-bandar besar selama berabad-abad sebelum sejarah yang direkodkan di rantau itu bermula.

Di dalam tapak terbesar, mereka menemui pelbagai monumen dan piramid kira-kira 20 meter (65 kaki) tinggi. Petempatan yang lebih kecil mengelilingi yang lebih besar, dihubungkan oleh tambak sejauh kilometer. Terusan dan takungan menunjukkan bagaimana orang Casarade dahulu membentuk tanah untuk pertanian dan akuakultur.

Satu-satunya masalah ialah seni bina ini diperbuat daripada bata lumpur. Jadi pada masa itu ia kelihatan hebat seperti mana-mana di rantau Maya, namun monumen peninggalan orang Maya telah bertahan kerana ia diperbuat daripada batu kapur sementara binaan disini tidak tahan begitu lama.

Kajian penempatan di hutan Amazon

penempatan hutan amazon

Kajian mengenai penempatan di hutan belantara Amazon bukanlah satu perkara yang baru. Dalam sesetengah kes, ahli arkeologi hanya menyedari kewujudan tapak penempatan tammadun dahulu kerana penebangan hutan.

Michael Heckenberger, ahli antropologi di Universiti Florida yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini tetapi telah mengkaji urbanisme di Amazon pra-Columbus selama hampir dua dekad. Beliau menyatakan bahawa unsur-unsur penempatan di Llanos de Mojos seperti parit dan tambak, dan landskap taman yang diubah suai, hutan bekerja dan ladang ikan, telah dilihat di tempat lain di Amazon purba.

Tetapi penyelidikan terbaru  ini mendedahkan sesuatu yang agak baru. Contoh urbanisme terdahulu di Amazon termasuk wilayah Xingu Atas di Amazon Brazil tempat Heckenberger bekerja dengan orang dari kaum Kuikuro Nation.

Petempatan sebegini boleh disifatkan sebagai kumpulan kampung yang dihubungkan bersama. Sesetengah pakar berpendapat sesetengah penempatan ini secara teknikalnya bukan bandar kerana mereka tidak mempunyai pusat yang lebih besar yang ditakrifkan dengan jelas dengan seni bina monumental.

Tetapi pusat bandar tersebut boleh didapati di Llanos de Mojos. Penemuan ini menunjukkan kawasan ini dahulunya merupakan sebuah bandar masa besar. Ia menunjukkan pelbagai perkara yang sangat luar biasa yang dilakukan oleh manusia pada masa lalu untuk bekerja dengan landskap mereka dan bekerja dengan populasi yang lebih besar.

Kredit:

  1. Smithsonian Magazine
  2. The Guardian
  3. Nature


Hakcipta iluminasi.com (2017)