Oleh pada 08 Nov 2017 kategori

isu badan gemuk akhirnya uqasha senrose buka mulut 1

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Aktres Uqasha Senrose melahirkan rasa pelik dengan sikap segelintir netizen yang gemar mengkritik bentuk tubuhnya.

Kata pelakon berusia 25 tahun itu, dirinya sering menjadi bahan kutukan meskipun ketika langsing dahulu.

"Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya.

"Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula yang mengkritik di media sosial," katanya yang dipetik daripada laporan portal Astro Gempak.

Uqasha membuat kenyataan tersebut di sesi penggambaran filem Hantu Kak Limah, yang berlangsung di Taiping, pada Ahad.

Terdahulu, penampilannya sewaktu menghadiri acara Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) Jumaat lalu menarik perhatian umum.

isu badan gemuk akhirnya uqasha senrose buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Ia susulan berat badan aktres kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini yang jelas meningkat secara mendadak hingga kelihatan sangat berisi.

Berikutan itu, Uqasha menjadi topik sensasi perbualan netizen di laman sosial.

Dalam pada itu, beliau berkata, perubahan bentuk tubuh itu dipengaruhi oleh selera makannya yang semakin meningkat.

Malah kebahagiaan yang dikecapinya kini juga menjadi penyebabnya.

"Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan.

"Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan," katanya lagi.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)