Oleh pada 22 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Youtube Gerak Geri Artis , yayaflanella.blogspot.my & pinterest.com

Masih lagi dengan isu yang melanda perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa. Dalam perkembangan kali ini, kelihatannya punca sebenar Hafiz menjauhkan diri daripada Joy semakin terbongkar apabila portal My Nation News Malaysia secara eksklusif mendedahkan surat perceraian pengasas produk kecantikan itu dengan bekas suaminya.

bukti joy revfa masih isteri orang waktu kahwin hafiz hamidun didedahkan 2

Kredit foto: My Nation News Malaysia

Surat yang dikeluarkan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand itu menyatakan secara jelas tarikh penceraian sebenar Joy dengan suami pertamanya adalah pada 13 Julai lalu. Dalam erti kata lain, Joy masih merupakan isteri orang ketika mendirikan rumah tangga bersama Hafiz iaitu pada 1 Mei lalu.

Dalam dakwaan yang dikeluarkan oleh portal itu antaranya turut menyebut ketika memohon untuk bernikah dengan Hafiz, Joy telah menandakan ruang ‘tidak pernah berkahwin’ sebagai status dirinya.

My Nation News Malaysia juga telah cuba bertanyakan sendiri kepada Joy berkenaan isu ini menerusi laman Instagramnya, namun komen mereka dipadam.

Sumber berita: My Nation News Malaysia



Hakcipta iluminasi.com (2017)