aizat hamdan dulu

Masalah obesiti atau kegemukan merupakan satu masalah yang meruncing di mana-mana negara.

Bukan sahaja memberi kesan kepada kewangan individu, masalah ini yang seringkali dikatakan sebagai satu pandemik atau wabak merupakan satu masalah besar kepada negara. Jika tidak dikawal, masalah kegemukan rakyat akan memberikan banyak kesan lain kepada kualiti sesebuah masyarakat.

Tahukah anda, apa kesan masalah ini dan negara manakah yang layak dinobatkan sebagai negara paling gemuk di Asia Tenggara?

5. Filipina (5.1%)

filipina kanak kanak gemuk

Walaupun kadar obesiti di FIlipina masih dikira rendah tetapi kadar obesitinya telah meningkat daripada 1% pada tahun 1992 kepada 5% pada tahun 2015. Pada tahun 2010, kadar kegemukan di Filipina berada pada tahap 4.1% daripada keseluruhan populasi dan mengalami kenaikan sebanyak 24% menjelang tahun 2015.

4. Indonesia (5.7%)

indonesia kanak kanak gemuk

Menurut satu kajian, kadar kegemukan di Indonesia dijangka meningkat setiap tahun. Masalah paling ketara adalah kadar kegemukan di kalangan kanak-kanak Indonesia yang semakin tidak terkawal dalam 14 tahun kebelakangan ini. Indonesia mencatatkan peratusan peningkatan obesiti paling tinggi antara semua negara daripada tahun 2010 ke 2014 dengan 33%, menjadikan 5.7% rakyat mereka tergolong dalam golongan gemuk.

3. Singapura (6.2%)

singapura obesiti

Kerajaan Singapura mengeluarkan amaran pada bulan Jun tahun 2017, jika tidak dikawal kadar kegemukan di Singapura boleh mencapai 15% pada tahun 2024. Penduduk Singapura didapati mempunyai satu persamaan - majoriti yang mula bekerja akan mula mengalami peningkatan berat badan. Dengan 6.2% jumlah populasi mereka gemuk, Singapura mendapati penduduk mereka mempunyai penambahan berat 3kg setiap seorang berbanding 15 tahun dahulu.

2. Thailand (8.5%)

sami thailand gemuk

Walaupun menjalani hidup sederhana, hampir separuh daripada jumlah sami-sami Buddha di Thailand didapati berada dalam keadaan obese. Masalah itu menjadi cerminan kepada masalah obesiti di Thailand. Dengan hampir 9.0% warga mereka berumur 3 hingga 18 tahun obese, Thailand mencatatkan peningkatan hampir 4% jumlah obesiti dalam populasi mereka dalam masa 4 tahun dan kini dianggarkan 8.5% penduduk mereka tergolong dalam golongan gemuk.

1. Malaysia (13.3%)

polis malaysia gemuk tak naik pangkat

Jauh meninggalkan negara-negara lain, mungkin Malaysia patut berbangga dikenali sebagai syurga makanan namun masalah obesiti bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Dianggarkan setiap tahun kerajaan Malaysia membelanja RM4.26 biliion hingga RM8.53 billion untuk merawat pesakit yang mengalamai penyakit berpunca dari obesiiti ini. Kos itu saja mencecah 10 ke 19% perbelanjaan negara setiap tahun.

Dalam tempoh 4 tahun, Malaysia mengalami peningkatan peratusan obesiti sebanyak 27%, dengan 10.5% daripada jumlah populasi didapati obese pada 2010 yang meningkat kepada 13.3% pada tahun 2014. Yang menjadi masalah utama - majoriti rakyat Malaysia tidak memandang isu ini sebagai satu kesihatan, kita lebih gemar memandang perkara ini dari segi faktor luaran yang melibatkan rupa bentuk tubuh. Maksudnya, orang Malaysia lebih malu bila mereka gemuk dan tidak berapa mempedulikan tahap kesihatan mereka yang menurun bila mereka gemuk.


Sebagai rujukan, negara Republic of Palau yang terletak tidak jauh dari negara kita merupakan negara paling gemuk di dunia dengan 47.1% penduduknya tergolong dalam golongan obese namun jumlah penduduknya hanya sekitar 21,500 orang.

Amerika Syarikat mendahului negara-negara maju dengan 35.0% sementara Jepun, yang amat terkenal dengan rakyat yang mengamalkan pemakanan sihat - merekodkan 3.3% rakyat mereka berada dalam keadaan gemuk.

Rujukan

Food Industry Asia


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)