Oleh pada 07 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Kylie Jenner & Daily Mail

Akhirnya penampilan terkini Kylie Jenner berjaya dirakam paparazi setelah sekian lama personaliti TV itu melarikan diri daripada media dan peminat.

Aksinya dirakamkan ketika sedang menuruni jet peribadi pada pagi Ahad.

kantoi paparazi berjaya rakam foto kylie jenner yang sudah gemuk 2

Kredit foto: Daily Mail

Apa yang menarik perhatian ialah penampilan tubuh berisi yang menonjolkan 'baby bump' itu hingga tidak mampu disorokkan lagi.

Dalam laporan yang dikeluarkan Daily Mail menyatakan bintang Keeping Up With The Kardashians ini sedang dalam perjalanan ke sambutan hari lahir ke-62 ibunya, Kriss Jenner.

Foto itu memperlihatkan Kylie dalam pakaian jaket besar dan seluar berwarna hitam untuk melindungi perut, selepas berita yang mendakwa dia hamil anak teman lelakinya, Travis Scott.

Ternyata tubuh gemuk adik Kim Kardashian ini sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

kantoi paparazi berjaya rakam foto kylie jenner yang sudah gemuk 3

Kredit foto: Daily Mail

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi dibuat pihak Kylie berhubung spekulasi kehamilan itu.

Sumber berita: Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)