Oleh pada 30 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Tuyul Ke London

Aktres Siti Zaidatul Isna Mohd Raus tidak menyangka foto babak perkahwinannya bersama pelawak veteran AR Badul menjadi tular di laman sosial pada minggu lalu.

Beliau yang lebih mesra disapa Isna memberitahu dia hanya tahu akan gosip berkenaan melalui keluarga dan rakan-rakan.

"Saya terkejut dan gelak sahajalah apabila keluar foto dan berita tentang AR Badul berkahwin lagi dan wanita dalam gambar itu adalah saya.

"Ramai kawan dan saudara yang tidak tahu saya sudah mula berlakon bertanyakan hal ini. Mujur ibu dan bapa saya tahu saya sedang menjalani penggambaran dengan pelawak terbabit," katanya menurut laporan portal Mstar Online.

Isna membuat kenyataan tersebut mengulas kontroversi foto perkahwinannya bersama AR Badul yang dimuat naik aktor Ezany Nazariff minggu lalu.

Menurut laporan sebuah akhbar, foto itu tersebar selepas dikongsi di group aplikasi WhatsApps Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Sementara itu, Isna yang juga seorang pelakon baru berkata, asalnya pelawak itu secara bergurau memuat naik foto adegan drama Tuyul Ke London itu ke group Whatsaap .

Situasi menjadi kecoh apabila rakan-rakan artis mengucapkan tahniah sekaligus foto tersebut menjadi tular.

"Ini gosip pertama saya, rasa kelakar juga bila baca di blog-blog yang mengecam dan ada juga yang percaya dan mengucap tahniah," beritahunya.

Isna yang bakatnya dicungkil melalui uji bakat pencarian pelakon terlibat dalam drama Tuyul Ke London selepas lakonan sulungnya menerusi filem This Is Pilah yang bakal berada di pawagam hujung tahun ini.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)