Anda mesti ada kenal dengan rakan-rakan yang dahulunya langsing tapi badan semakin berisi bagaikan dipam-pam selepas mendirikan rumahtangga kan? Selalunya apabila ditanya, pasangan itu akan menjawab, "Biasalah.. dah bahagia." Tapi betul ke bahagia?

happy couple gemuk selepas kahwin punca

Ya, memang benar.

Pada tahun 2013, sekumpulan penyelidik dari Southern Methodist University di Dallas, Amerika Syarikat telah membuat kajian selama 4 tahun dengan mengambil data daripada sejumlah 169 orang peserta yang baru berkahwin. Purata usia para suami adalah 25 tahun manakala isteri 23 tahun. Data diambil sebanyak 8 kali dan pelbagai soalan diajukan berkenaan kebahagiaan berumahtangga. Berat badan kedua-dua pasangan juga direkodkan.

Jadi, apa keputusannya?

Kebahagiaan dan kepuasan dalam rumahtangga berkaitrapat dengan penambahan berat badan. Berat pasangan yang lebih bahagia mempunyai kecenderungan untuk bertambah dengan lebih banyak berbanding pasangan yang kurang bahagia. Keputusan ini juga telah mengambilkira faktor lain seperti mengandung.

happy couple gemuk selepas kahwin

Berikut antara lima punca berat badan pasangan bertambah selepas kahwin:

#1 Tidak lagi perlu mencari jodoh

you jump i jump pasangan soulmate jodoh gemuk selepas kahwin

Pasangan sudahpun bertemu dengan jodoh dunia dan akhirat a.k.a soulmate dan telahpun selamat mendirikan rumahtangga. Maka, tidak perlu lagilah 'melawa' atau jaga badan sangat untuk mencari jodoh. Lagipun dah boleh guna alasan "terimalah pasangan seadanya."

#2 Tabiat pemakanan

pasangan bahagia banyak makan bersama berat naik

Kajian mendapati makan sambil ditemani orang lain boleh menyebabkan seseorang makan dengan lebih banyak daripada biasa. Apabila sudah berumahtangga, pasangan kerap berjumpa untuk makan dan meluangkan masa bersama-sama. Nak-nak kalau dapat isteri yang pandai masak. Boleh tambah berpinggan-pinggan!

#3 Banyak menonton TV

pasangan makan pizza depan tv boleh gemuk

Couch potato, kata mat saleh. Kebanyakan pasangan yang berkahwin sering menghabiskan masa bersama-sama menonton rancangan TV kegemaran masing-masing. Sambil mengerekot di atas sofa empuk, mulut pun tak berhenti mengunyah snek ringan dan jajan. Mana tak gemuk.

#4 Tabiat tidur

tidur terganggu punca gemuk pasangan 262

Tidur merupakan masa yang paling penting untuk tubuh badan anda pulih dari segala kepenatan atau stress yang dialami pada siang hari. Apabila sudah berkahwin, pasangan akan berkongsi katil yang sama kadangkala menyebabkan tabiat tidur seseorang boleh terganggu dan tidak mendapat tidur yang secukupnya. Tidur yang tidak cukup juga boleh menyebabkan berat badan naik.

#5 Turunkan berat badan hanya untuk majlis perkahwinan

wedding dress boleh makan gemuk sedap creampuffs

Ini selalunya berlaku pada isteri. Mereka bertungkus-lumus untuk menguruskan badan sebelum berkahwin supaya nampak cantik memakai gaun pengantin semasa majlis resepsi hari bahagia. Selepas berumahtangga, mereka kembali mengamalkan gaya hidup lama dan tidak lagi mementingkan berat badan kerana yakin yang mereka sudahpun nampak cantik di mata suami. Gitu.

Bahagia walau macamana sekalipun, kalau gemuk sampai berpenyakit pun tak guna juga. 

Maka, jagalah kesihatan anda bersama-sama. Bersenam 3x seminggu atau keluarlah beriadah bersama pasangan pada hujung minggu. Makanlah makanan yang seimbang. Barulah boleh hidup lama bersama-sama till jannah.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)