penyampai berita hilang kawalan baca tragedi tahfiz

Kredit foto: Youtube Blogger Kacak

Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah penyampai berita Buletin Utama, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah turut terkesan dengan berita kebakaran ngeri yang mengorbankan 23 nyawa di pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifiqayah, Keramat.

Momen itu terakam kerika Intan membacakan teks berita secara langsung dalam rancangan Buletin Utama pada malam Khamis.

Awalnya, bacaan berita Intan kelihatan tersangkut-sangkut sebelum akhirnya hilang kawalan ketika menyampaikan kisah tentang nota yang ditulis mangsa kebakaran iaitu Amiel Asyraf Abdul Rashid kepada ibu bapanya.

Difahamkan, nota terakhir itu mengandungi hasrat Amiel yang ingin membawa kedua ibu bapanya ke syurga.

Intan yang tidak dapat menahan sebak terpaksa menghentikan seketika pembacaan sambil menundukkan wajah.

Sementara itu, pasangan pembaca berita, Kamaruddin Mape yang berada di sebelah mengambil tanggungjawab menghabiskan teks berita yang ditinggalkan.

Video momen sayu itu telah dimuat naik ke Facebook Buletin Utama sekaligus meraih lebih 600 ribu tontonan dan 5,000 perkongsian.

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen turut berkongsi perasaan hiba yang dirasainya. 

Kredit video: Youtube Blogger Kacak 

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)