Oleh pada 15 Sep 2017 kategori

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kebakaran pada awal pagi sekitar subuh semalam di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah amat memilukan hati seluruh rakyat Malaysia, terutamanya kaum keluarga serta saksi-saksi kejadian.

Kedengaran jeritan mangsa meminta tolong menyebabkan penulis sendiri berasa sebak. Tragedi ini mengorbankan sekurang kurangnya 25 nyawa pelajar dan warden.  

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 3 tragedi kemalangan jiwa yang melibatkan pusat tahfiz serta rumah anak yatim di Malaysia sebelum ini.

1. Kebakaran di Pondok Pak Ya, Yan  (22 September 1989)

pondok pak ya terbakar

Kejadian tragis 28 tahun lalu di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya ini telah menggemparkan negara suatu ketika dahulu dan semestinya tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan netizen.

Menurut sumber, lilin yang dinyalakan pada waktu malam untuk menerangi ruang asrama perempuan di madrasah ini tidak dipadamkan. Malang tidak berbau, lilin-lilin tersebut telah terjatuh dan membakar tilam berdekatan yang membuatkan api marak merebak sehingga tidak dapat dikawal.

misi membersihkan tempat kejadian

kebakaran pondok pak ya

Kebakaran menyayat hati ini telah meragut 27 nyawa pelajar tahfiz yang mana kesemuanya adalah pelajar perempuan. Kebakaran ini madrasah ini telah mendapat liputan luas dan dibanjiri masyarakat yang melawat bagi menyampaikan takziah.

Terlalu ramai yang prihatin melawat menyebabkan jalan di sekitar Alor Setar ke madrasah ini mengalami kesesakan. Ia juga mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir, yang turut sama turung padang melawat sekolah itu.

pondok pak ya

Kesemua jenazah telah disemadikan di tanah perkuburan khas yang dinamakan '27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya', tidak jauh dari lokasi kejadian.

2. Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat (21 Mei 2011)

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim al takwa 2 627

Tragedi malang dan menyayat hati 6 tahun lalu masih segar dalam ingatan penulis. Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan tertimbus akibat tanah runtuh berpunca daripada hakisan serta ketidakstabilan struktur tanah.

Terletak di Kampung Gahal, Hulu Langat, Selangor, kejadian tanah runtuh ini berlaku di belakang bahagian asrama disebabkan hujan yang lebat. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.20 petang yang mengambil masa 5 minit sahaja.

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim al takwa 3 520

tragedi ketika latihan nasyid 2

Menurut Pensyarah Geoteknik dan Pengangkutan, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Ir. Azman Kassim, kejadian tanah runtuh tersebut berpunca daripada hujan dalam kuantiti yang banyak dalam masa 24 jam. Selain itu, struktur tanah berkeladak, dan kawasan cerun juga dikatakan mempercepatkan proses runtuhan tanah.

Seramai 25 individu tertimbus tanah tersebut, yang kebanyakannya anak-anak yatim berusia di bawah 18 tahun. Setelah operasi menyelamat dilakukan, disahkan seramai 16 nyawa anak yatim dan penjaga terkorban, dan 9 yang lain mengalami kecederaan. Mangsa terakhir berjaya ditemui selepas 15 jam usaha menyelamat dijalankan.

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim al takwa 5 300

Menurut Datuk Sharizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Rumah Anak Yatim Al-Takwa tidak didaftarkan di bawah mana-mana agensi di bawah kementeriannya atau kementerian yang lain.

3. Kebakaran di Maahad Tahfriz Al-Barakah, Tikam Batu (15 Jun 2013)

hadapan barakah 701 525 90

Tradgedi berulang lagi, di mana sebuah lagi madrasah telah menjadi mangsa kebakaran. Maahad Tahfriz Al-Barakah, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah ini telah terbakar pada 15 Jun 2013.

Kebakaran disedari oleh penaung maahad itu, Anuar Md. Isa yang terdengar bunyi bising di kawasan asrama. Ketika kebakaran, mangsa, Aiman Nur Hakim Yahya sedang tidur bersama 15 rakan yang lain di asrama tersebut. 

7318 811

al barakah1 651

Seramai 3 pelajar menjadi mangsa, iaitu Aiman yang rentung keseluruhan badannya, dan meninggal di tempat kejadian. 2 mangsa yang lain iaitu Mior Amirul dan Muaz Halim cedera parah.

Aiman merupakan seorang yang pintar, rajin serta berdisiplin, dikatakan gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap di dalam asrama.

7117

Apa yang memeranjatkan ialah bedah siasat ke atas jasad Aiman menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah S.W.T apabila kelihatan otaknya masih segar serta bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup, jelas pakar bedah siasat.

Antara kejadian kebakaran yang melibatkan madrasah dan sekolah agama di Malaysia sepanjang tahun 2017:

13 Jan 2017 : Kebakaran Pondok Nurul Iman, Pekan, Pahang

16 Jan 2017 : Kebakaran Pondok an-Nuur di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang

7 Feb 2017 : Kebakaran Sekolah Agama Maran di Pahang

28 Feb 2017 : Kebakaran Pondok Al-Baghdadi, Tumpat, Kelantan

17 April 2017 : Kebakaran Pusat Pengajian Pondok Seri Permai, Permatang Sungkai di Pasir Puteh, Kelantan

30 April 2017 : Kebakaran Mahaad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Mukim Lalang, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan

3 Julai 2017 : Kebakaran di Sekolah Agama Maahad Al-Islah di Teluk Intan, Perak

4 Julai 2017 : Kebakaran di Madrasah Addiniah Al-Latifiah di Pengkalan Hulu, Kelantan

30 Julai 2017 : Kebakaran di Maahad Tahfiz Al-Barakah, Sepang, Selangor

14 September 2017 : Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur.

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)