Oleh pada 13 Jul 2021 kategori

Dalam Perang Salib yang bermula dari tahun 1095 hingga 1291, penganut Kristian berusaha membebaskan Baitulmaqdis atau Jerusalem yang dikawal oleh orang Islam. Kota itu dianggap sebagai tanah suci oleh kedua-dua agama.

Selepas tahun 1291, Perang Salib masih berterusan tetapi berlaku di luar Baitulmaqdis sehinggalah tamat pada tahun 1492 dengan kejatuhan Empayar Islam di Andalusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perang Salib ini terbahagi kepada banyak siri peperangan dan antara peperangan yang dianggap unik oleh sejarawan adalah Perang Salib Kanak-kanak pada tahun 1212. Berikut adalah kisahnya.

Wahyu dari Jesus

Ada sumber sejarah menerangkan bahawa Perang Salib Kanak-kanak ini mengisahkan tentang gerakan kumpulan tentera kanak-kanak yang diketuai oleh Stephen of Cloyes dari Perancis. 

Manakala sumber lain pula menerangkan ia adalah gerakan yang diketuai oleh Nicholas of Cologne dari Jerman. Bahkan, ada juga sumber yang mengatakan kedua-dua kumpulan itu wujud dan mereka bergabung untuk menuju Jerusalem.

stephen of cloyes

Stephen merupakan seorang pengembala yang berusia 12 tahun. Dia mendakwa didatangi Jesus dan diarahkan untuk mengetuai satu kumpulan ke Perang Salib bagi menyeru orang Islam agar memeluk Kristian tanpa menggunakan kekerasan.

Stephen telah menyatakan hasratnya kepada raja Perancis ketika itu iaitu Raja Philip II tetapi ditolak. Dia tidak berputus asa dan telah menjelajah ke seluruh negara bagi menyebarkan dakwahnya.

Jadi ketua menuju medan perang

Amat mengejutkan apabila dia berjaya mengumpulkan kira-kira 30,000 orang pengikut di mana sebahagian besar daripadanya adalah kanak-kanak. Tanpa kelengkapan dan kemahiran, tentera salib kanak-kanak ini nekad untuk memulakan perang mereka sendiri.

Mereka bersedia untuk berangkat ke Timur Tengah dan berfikir bahawa mereka dapat melakukan tugas dengan lebih baik berbanding orang dewasa dalam mengalahkan tentera Islam.

Pada masa yang sama juga, dikatakan satu lagi kumpulan tentera kanak-kanak telah berkumpul di Cologne, Jerman. Kumpulan itu diketuai oleh seorang kanak-kanak lelaki bernama Nicholas. Mereka juga bersedia untuk menyertai perang di Jerusalem.

tentera salib kanak kanak

Sama seperti Stephen, dia juga mendakwa didatangi Jesus. Sebahagian sejarawan berpendapat bahawa Nicholas mungkin terpengaruh dengan gerakan yang dimulakan Stephen atau sebaliknya (Stephen yang terpengaruh dengan Nicholas).

Sebenarnya, sebarang arahan misi Perang Salib hanya boleh dikeluarkan oleh ketua agama tertinggi sahaja iaitu Paus atau Pope. Ini bermakna, gerakan Stephen dan Nicholas tidak dikira sebagai tentera Perang Salib secara rasmi.

Pada penghujung bulan Jun 1212, Stephen telah mengetuai pengembaraan tenteranya dari Vendome ke Marseilles. Kumpulan Stephen dan Nicholas kemudian bertemu di Pergunungan Apls dan bergabung. Mereka berarak dengan penuh semangat sambil menyanyi diikuti dengan paluan gendang.

Tujuan utama mereka adalah untuk sampai ke pelabuhan Genoa di Itali di mana mereka mungkin menemui kapal yang akan membawa mereka ke Jerusalem.

Tentera yang bergantung pada sumbangan ramai

Kebanyakan daripada tentera kanak-kanak ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai di setiap kawasan yang mereka lalui. Tentera Salib Kanak-kanak ini berhadapan dengan kebuluran, keletihan dan cuaca buruk sepanjang perjalanan.

perang salib kanak kanak

Dalam masa sebulan, mereka telah berjalan sejauh 400 batu. Sebilangan kanak-kanak telah terkorban ketika melalui jalan bahaya dan mencabar di Pergunungan Alps di Itali. 

Mereka yang terselamat terselamat telah tiba bi Piacenza, utara Itali pada 20 Ogos 1212. Dari Piacenza, mereka berjalan lagi sejauh lebih 100 batu menuju pelabuhan di Genoa.

Selebihnya yang tiba di Genoa pula tidak mempunyai kewangan untuk membayar perjalanan mereka merentasi laut. Ramai kanak-kanak yang terpaksa bekerja demi menyara diri di seluruh Itali.

Ada sumber yang mengatakan bahawa dua pedagang iaitu Hugh the Iron dan William of Posqueres telah menawarkan kapal percuma kepada kanak-kanak ini untuk menuju ke Jerusalem.

stephen of cloyes crusade

Malangnya, mereka tidak dibawa ke Jerusalem sebaliknya dibawa ke Tunisia dan dijual sebagai hamba abdi. Ada juga berpendapat bahawa kapal mereka karam berhampiran Pulau San Pedro berdekatan Sardinia, Itali.

Kesimpulannya, hasrat Tentera Salib Kanak-kanak ini untuk berperang demi agama tidak menemui kejayaan malah gagal sama sekali.




Hakcipta iluminasi.com (2017)