Kredit foto: Instagram Hairiot Kool Official & Utusan

    

Kool merupakan sebuah kumpulan muzik Malaysia yang menempa kegemilangan di sekitar era 90-an.

Kumpulan ini sempat merakamkan tiga buah album studio dan sebuah album kompilasi.

Sepanjang penglibatan dalam dunia muzik, mereka telah diiktiraf di beberapa pertandingan dan acara anugerah, termasuk diangkat sebagai finalis Anugerah Juara Lagu untuk empat tahun penganjuran berturut-turut.

Ketika rakan artis seangkatan datang dan pergi, semangat mereka tidak pernah tergugat untuk kembali memeriahkan dunia muzik, lalu memberikan persaingan kepada penyanyi muda yang sedang mencipta nama.

Seiring kebangkitan golongan penghibur lagenda di program realiti Gegar Vaganza, kumpulan ini antara yang tidak ketinggalan menyahut cabaran.

    

Biodata

1. Dianggotai dua ahli, Hairie atau nama penuhnya, Mohd Khairi Yaacob dan Riot (Shaiful Azri Mohd Ariffin). Manakala anggota lain menarik diri kerana terikat dengan komitmen pekerjaan.

2. Hairie kini berusia 51 tahun, manakala Riot 47 tahun.

3. KOOL merupakan singkatan kepada 'Kami Orang-Orang Lama' berikutan kesemua ahli terlebih dahulu bergiat sebagai anak seni sebelum bergabung dalam sebuah kumpulan.

4. KOOL yang dahulunya bernaung di bawah label Sony Music Malaysia pernah muncul dengan tiga buah album studio iaitu KOOL pada 1995, Fantasi (1997) dan Satu Arah (1998). Tidak ketinggalan, album kompilasi berjudul The Essential pada 2011.

5. Antara lagu hits mereka seperti Bebas, Kau Dan Aku, Cemburu dan Satu Arah.

6. Riot pernah mengundurkan diri daripada KOOL sebelum menubuhkan kumpulan baharu dinamakan KGB.

7. Pada 2012, KOOL kembali dengan 'comeback' menerusi jenama 'GX4' yang turut melibatkan kumpulan Nico, Shades dan A To Z.

8. Antara pencapaian mereka termasuk memenangi Anugerah Juara Lagu 1995 dan 1996 dalam kategori Pop Rock, selain tersenarai sebagai finalis Anugerah Juara Lagu 1997 dan 1998.

    

Fakta Menarik

  • Hairee pernah merakamkan sebuah album solo.
  • Riot diberi jolokan 'Michael Jackson Malaysia'.
  • Bekas isteri Hairie iaitu Safura merupakan peserta Gegar Vaganza musim lalu.
  • Hairie merupakan anak saudara kepada Datuk Khadijah Ibrahim. Ia menjadi punca mengapa Hetty Koes Endang dipilih sebagai juri pada musim ini bagi menggantikan Khadijah kerana ingin mengelakkan 'conflict of interest'.
  • Koreografi Kool dikelola oleh Riot sendiri.

    

Foto

hairie kool

riot kool

peserta gegar vaganza 2019 54

gegar vaganza 2019 920

biodata kumpulan kool 661

Kredit foto: Instagram Hairiot Kool Official, Gegar Vaganza & Utusan

    

Video

Kredit video: Kool - Satu Arah (Live In Juara Lagu 98) HD

    

Sumber:

1. Gegar Vaganza

2. Wikipedia Kumpulan Kool

3. Kumpulan Kool Muncul Semula Gara-Gara K-Pop

4. Hetty Koes Endang Juri Tetap GV6, Gantikan Datuk Khadijah Ibrahim... Ini Sebabnya!

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)