Oleh pada 14 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Penyanyi Jatt Ali mengungguli persaingan konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) minggu pertama yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebentar tadi.

Dengan jumlah markah 84.67%, beliau mencuri tumpuan menerusi aksinya mengembalikan semula nostalgia kegemilangan menerusi lagu Cahaya Aidilfitri dan Khayalan.

Kedudukannya diintai penyanyi Hady Mirza di tempat kedua menerusi persembahan lagu Angkasa, dengan pungutan markah sebanyak 74.33%.

Istimewanya, Wann yang menduduki tangga ketiga berkongsi jumlah markah yang sama dengan Hady.

Turut memberikan saingan, penyanyi Naqiu Boboy yang mempertaruhkan 'Episod Cinta', Mazleela (Tabah), Sham Visa (Dalam Gerimis), Noorshila Amin (Rambu Ramba), Ameer Sofazr (Janjiku), Kool (Bebas), Roy (Ratnaku), Feeza (Ungkapan Kata Bernafas Cinta), Nur Fatima (Selembut Sutera) dan One Nation Emcees (Anak Kampung).

Persembahan para peserta dihakimi sepenuhnya oleh barisan juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, bersama Ella selaku juri jemputan.

Di bawah merupakan kedudukan dan keputusan markah penuh para bintang berdasarkan penilaian juri.

    

gegar vaganza 2019 661

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 1

   

1. Jatt Ali - Cahaya Aidilfitri & Khayalan (84.67%)

2. Hady Mirza - Angkasa (74.33%)

3. Wann - Bossanova (74.33%)

4. One Nation Emcees - Anak Kampung (73.67%)

5. Sham Visa - Dalam Gerimis (73.33%)

6. Roy - Ratnaku (66.33%)

7. Nurfatima - Selembut Sutera (62.33%)

8. Naqiu Boboy - Episod Cinta (61%)

9. Ameer Sofazr - Janjiku (59%)

10. Feeza - Ungkapan Kata Bernafas Cinta (56.67%)

11. Kool - Bebas (55.33%)

12. Noorshila Amin - Rambu Ramba (54%)

13. Mazleela - Tabah (46.67%)

     

Sementara itu, Naqiu Boboy dipilih sebagai pemenang anugerah 'Artis Cili Padi Paling Power' hasil pilihan juri. Pemilihan berdasarkan bintang paling menyerlah yang berjaya memberikan persembahan terbaik.

Dengan itu, Naqiu menerima hadiah istimewa RM3,000 dan bekalan produk Adabi bernilai RM500.

GV6 kelolaan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 1)

    

Sumber berita: GV2019: Jatt Juara Konsert Pertama, Wann & Hady Mirza Kongsi Markah Seri!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)