Peristiwa pembunuhan kejam pemain pertahanan Colombia, Andres Escobar selepas dia menjaringkan gol sendiri ketika menentang pasukan tuan rumah Amerika Syarikat pada Piala Dunia 1994 merobek rasa cinta negara kepada bola sepak menjadi koyak-rabak.
Tanggal 2 July 1994, Escobar ditembak mati di kampung halamannya Madellin selepas kembali dari kejohanan terbesar di planet Bumi itu.
BESARKAN TEKS A- A+
Negara yang dicanang oleh lagenda bola sepak dunia, Pele sebagai pasukan yang akan mebawa pulang Piala Dunia pada tahun tersebut berdasarkan kemampuan mereka meratah pasukan elit Argentina 5-0 ketika pusingan kelayakan telah diporak-perandakan oleh keganasan dan isu dadah tetapi disatukan oleh suatu permainan yang cantik. Bola sepak dan jenayah telah menjadi sesuatu yang berkait rapat.
Pengedar dadah terkenal, Pablo Escobar, tiada sebarang bentuk hubungan dengan Andres Escobar, mempunyai semangat yang kuat pada sukan ini. Beliau yang satu ketika pernah dianggap penjenayah paling kaya di dunia, melaburkan nilai yang besar daripada kekayaannya kepada pasukan bola sepak Colombia dan sanggup menerbangkan pemain bintang dunia untuk bermain dalam persahabatan di ladangnya.
Setelah dia menyerah diri pada tahun 1991 kepada pihak berkuasa, ahli pasukan kebangsaan akan melawatnya di penjara swasta yang dibinanya dalam rundingan untuk penangkapannya. Tetapi dia telah dibunuh pada 1993 dan tidak sempat melihat bencana yang menimpa pasukan kebangsaan setahun kemudian.
Pasukan yang ketika itu digelar sebagai Generasi Emas - Andres Escobar turut bersama-sama Carlos Valderrama, Faustino Asprilla, Rene Higuita dan Freddy Rincon - di mana mereka hanya kalah sekali daripada 26 perlawanan kelayakan yang membawa mereka ke kejohanan berprestij itu.
Tetapi mereka bermula buruk dengan tewas 1-3 kepada Romania dan semuanya mula serba tidak menjadi. Pasukan mereka menerima ancaman bunuh dan sesetengah daripada mereka tidak mahu meneruskan aksi di sana.
Sebaliknya mereka terus beraksi, berdepan pasukan tuan rumah pada perlawanan seterusnya. Ia mungkin satu keputusan maut kepada kes Escobar.
Pada minit ke-35, beliau yang cuba menghalang bola lintangan John Harkes secara tidak sengaja telah menyebabkan bola masuk ke gawang sendiri. Perlawanan itu berakhir dengan kekalahan 1-2, di mana secara langsung menyebabkan mereka tersingkir, keputusan yang lebih mengundang rasa tidak percaya daripada perlawanan pertama.
Mereka menang perlawanan terakhir menentang Switzerland namun masih tidak cukup untuk mereka mara ke peringkat seterusnya lalu Escobar pulang ke kampung halamannya Madellin. Ia satu keputusan yang bertentangan dengan amaran dari rakannya di bandar di mana dia sentiasa dilayan sebagai bintang.
Namun setelah beliau beredar dari rakan-rakannya di sebuah kelab malam dan semasa dia menuju ke keretanya, dia telah ditembak sebanyak enam kali dari belakang.
Escobar telah bercadang untuk mengahwini tunangnya Pamela Cascardo dan membina sebuah keluarga. Ada juga yang mengatakan beliau telah bersetuju untuk menandatangani kontrak untuk AC Milan dan berpindah ke Italy. Ramai menganggap beliau akan muncul sebagai salah seorang daripada pemain pertahanan terbaik dunia. Ketika dikebumikan di Madellin, 120,000 orang telah memenuhi jalan di sana.
Sejak 1998, Colombia tidak pernah layak ke Piala Dunia. Valderrama dan Asprilla tidak lagi mahu mewakili pasukan kebangsaan selepas peristiwa itu. Pertahanan Chonta Herrera pula mengalami trauma.
Generasi yang sememangnya diinspirasikan daripada kapten mereka, Escobar, secara tiba-tiba hilang semangat kerana pembunuhan kejam beliau. Punca kejadian masih kekal menjadi tanda tanya.
Polis Madellin ketika itu membuat spekulasi bahawa mungkin terdapat perbalahan tentang gol sendirinya. Ada yang menyatakan bahawa kes ini ada kaitan dengan kekalahan dalam pertaruhan yang besar. Manakala org lain berkata ia adalah salah satu daripada aksi keganasan yang berleluasa ketika itu.
Humberto Castro Munoz mengaku bertanggungjawab di atas pembunuha tersebut dan dihukum penjara selama 43 tahun namun hanya tinggal di sana selama 11 tahun. Dua orang bekas orang bawahan Pablo Escobar, Gallon Brothers, dibebaskan.
Sejak itu, negara ini telah membina semula, berusaha untuk membersihan nama mereka dan melakar gambar baru di poster wajah hero mereka Andres Escobar.
Seperti Burung Pheonix dalam cerita dongeng, pasukan kebangsaan mereka akhirnya muncul pada Piala Dunia terbaru di Brazil. Rakyat Colombia kembali jatuh cinta dengan bola sepak.
Video : Jaringan gol yang menyebabkan Andres dibunuh
Rujukan : Andres Escobars murder destroyed Colombian football