Oleh pada 13 Jun 2017 kategori

Satu kejadian yang menakjubkan, Ibu ini melahirkan bayi yang dikandungnya dengan cara caesaran  seorang diri . Seperti yang kita tahu bahawa bersalin dengan cara caesaran ini merupakan salah satu tindakan perubatan yang dilakukan oleh para doktor pakar bedah untuk membantu ibu bila mengalami gangguan saat untuk melahirkan bayi. Umumnya, doktor sudah mengetahui bagaimana cara untuk melakukan pembedahan caesaran tetapi tidak bagi ibu ini. Kerana kasih kepada anak dalam kandungan dia sanggup bertarung nyawa.

Inez Ramírez Pérez atau lebih dikenali sebagi Inez merupakan seorang wanita yang  tinggal di luar bandar Mexico yang di kenali sebagai Rio Talea yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 500 orang sahaja. Jika berlaku sebarang kecemasan, ia akan menjadi sukar kerana kawasan tersebut hanya mempunyai sebuah telefon sahaja.

inez ramirez bersama anak

Inez  seorang ibu kepada 7 orang anak sedang mengandung pada waktu itu, dan usia kadungan itu sudah matang. Pada hari itu juga Inez merasa bahawa perutnya sudah mula merasakan tanda-tanda ingin melahirkan bayi. Inez ketika itu hanya ditemani oleh seorang anaknya yang berusia 6 tahun yang bernama Bonito. Sementara suaminya sedang bekerja dan masih tidak pulang ke rumah.

Ketika Inez berasa hendak bersalin, hari mulai gelap dan dia tidak mempunyai sebarang   pengakutan dan jiran yang dapat menghantarnya ke klinik yang dianggarkan mempunyai jarak sepanjang 80 km dengan keadaan  jalan yang agak curam. Sebelum ini, Inez juga pernah mengalami pengalaman yang buruk ketika hendak bersalin normal dan didapati bayinya mati di dalam kandungan.  

Kerana sudah tidak tahan lagi untuk menahan rasa kesakitan untuk bersalin, Inez mengambil keputusan untuk bersalin melalui kaedah pembedahan secara bersendiri. Inez terus meminum beberapa teguk alkohol dan  tanpa bantuan perubatan sekalipun ibu ini terus mengiris perutnya sendiri sepanjang 15 cm . Pada mulanya, Inez memotong kulit perut , lemak serta ototnya dan menarik keluar bayi tersebut. Bayinya terus bernafas dan menangis sebaik sahaja berjaya dikeluarkan. Inez kemudian memotong tali pusat bayinya dengan gunting dan dia pengsan.

inez ramrez melakukan pembedahan sendiri

Rasa sakit yang dirasakan itu amat bermakna dan perasaan gembira yang tiada tandingi kerana bayinya selamat dilahirkan  pada tanggal 5 Mac 2000. Bayi tersebut  sihat dan diberi nama sebagai Orlando Ruiz Ramirez. 

Setelah pengsan buat seketika, Inez pun mulai sedar dan bergegas untuk membungkus perutnya dengan pakaian agar perdarahannya terhenti . Inez juga meminta anaknya yang berusia 6 tahun  untuk mencari bantuan.

rumah inez

Beberapa jam kemudian, pembantu kesihatan kampung mendapati Inez terbaring di tepi bayinya yang sihat. Pembantu kesihatan kampung kemudian menjahit luka dengan jahitan sepanjang 17 cm dengan jarum dan benang biasa untuk menghentikan luka. Inez kemudian dibawa ke hospital yang terdekat dengan mengambil masa selama lapan jam perjalanan dengan kereta dan terus menjalani pembedahan untuk membaiki komplikasi akibat kerosakan kepada ususnya semasa proses caesarean yang dilakukan oleh Inez sendiri. Inez kemudian dikeluarkan dari hospital setelah dirinya pulih seperti sediakala. 

Dr . Honorio Galvan dan Dr . Jesus Guzman yang menangani kes ini pun berasa amat hairan dan terkejut dengan kejadian yang luarbiasa ini. Walaupun proses melahirkan ini sangat ekstrim, numun isu ini mendapat perhatian dan dilaporkan dalam sebuah jurnal iaitu International Journal of Obstetrics and Gynecology pada Isu Mac 2004. Inez dipercayai menjadi satu-satunya wanita yang diketahui telah melakukan pembedahan secara Caesarean yang berjaya ke atas dirinya.

inez bersama anaknya yang dilahirkan sendiri secara pembedahan 744

Sungguh luarbiasa pengorbanan ibu  ini tanpa memikirkan nasibnya sendiri. Bagaiamana susah sekali pun kasih sayang ibu terhadap anaknya itu lebih besar dan tiada tandingi.  Kepada anak-anak sekelian, sayangi dan hormatilah ibu kandung anda. Ingat! ketika saat anda dilahirkan, ibu yang berjuang mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan nyawa anda.


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)