Oleh pada 07 Dec 2022 kategori

Peminat sukan bola sepak sudah pasti menginginkan setiap perlawanan yang ditonton berjalan dengan lancar. Bagaimanapun, adakalanya hujan tetap turun di tengah hari walaupun cuaca disangkakan panas hingga ke petang. Situasi yang tidak dijangka seperti jaringan gol sendiri boleh menyebabkan penonton berasa geram dan keliru. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebiasaannya, jaringan gol sendiri adalah tidak disengajakan. Sama ada berpunca daripada salah faham antara ahli pasukan ataupun hanya sekadar suatu kesilapan 'bodoh' tanpa sebarang alasan. Walaupun kes gol sendiri ini amat jarang berlaku, namun terdapat beberapa orang atlet yang begitu menyerlah dan cemerlang menjaringkan gol sendiri dalam sejarah sukan bola sepak.

10. Frank Sinclair - 6 gol

Pemain berdarah Jamaica ini dilabel sebagai pemain paling cemerkap apabila berada di hadapan gawang gol sendiri. Tiga daripada gol tersebut adalah semasa dia bermain di barisan pertahanan untuk pasukan Leicester City. Selain itu, dia juga pernah bersama pasukan Chelsea, West Bromwich Albion, Burnley, Huddersfield, Lincoln City, Wycombe Wanderers, Wrexham, Hendon, Colwyn Bay dan Brackley Town.

9. Ryan Shawcross - 6 gol

ryan shawcross

Bekas Kapten Stoke City ini telah bersama pasukannya selama 14 tahun dalam Liga Perdana dan pernah menjaringkan gol sendiri sebanyak enam kali sepanjang penampilannya bersama the Potters. Namun begitu, dia tetap diingati dan dijulang sebagai pemain terhandal kerana berjaya menjaringkan gol (di gawang pihak lawan) sebanyak 25 mata sebelum mengakhiri kerjayanya bersama pasukan tersebut.

8. Wes Brown - 6 gol

Wes Brown yang berasal dari Manchester, England memulakan kerjayanya dengan pasukan Manchester United. Bersama pasukan popular tersebut, Brown telah menempa nama sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dan beroleh kejayaan dengan kemenangan lima kali gelaran Liga Perdana serta dua trofi Liga Juara-juara UEFA.

Selama 15 tahun, Brown tidak pernah bermain dengan mana-mana pasukan selain Manchester United. Setelah memilih untuk berpindah ke Sunderland, tiba-tiba dia terpaksa menentang pasukan MU yang seolah-olah telah sebati dengan dirinya itu. Perlawanan pula diadakan di Old Trafford - padang yang menjadi tempat menggelecek bola sejak awal kemunculannya. Sudah tentulah dia menjadi gemuruh dan cuba fokus untuk tidak melakukan sebarang kesilapan.

wes brown

Brown berjaya mengharungi 45 minit pertama dengan baik. Namun, tarikh keramat 5 November 2011 mungkin akan sentiasa diingati Brown. Dia telah membantu bekas pasukannya dengan menjaringkan gol sendiri. Gol itu pula adalah satu-satunya mata jaringan dalam perlawanan tersebut.

Pasukan lain yang pernah 'dibantu' Brown adalah Southampton, Newcastle United, Liverpool, Everton dan Crystal Palace.

7. Jonny Evans - 6 gol

jonny evans

Dikatakan Jonny Evans masih ada harapan untuk mengungguli carta penjaring gol sendiri terbanyak kerana dia adalah salah seorang pemain Liga Perdana yang masih aktif dalam senarai ini. Jaringan gol sendiri terakhirnya adalah pada tahun 2020 ketika pasukannya, Leicester City, menentang Liverpool.

6. Phil Jagielka - 7 gol

Dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, jarang sekali seseorang pemain profesional mendedikasikan kehidupannya bermain bola sepak bersama satu atau dua pasukan sahaja. Apatah lagi jika pemain tersebut pernah menjaringkan gol sendiri sehingga berkali-kali.

phil jagielka

Hero pasukan Everton dan Sheffield United ini sememangnya seorang pemain bola yang hebat sehingga pernah membuat penampilan sehingga 40 kali di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, Jagielka juga 'hebat' menjaringkan gol sendiri sehingga tujuh kali.

Malah, dia juga pernah menjaringkan gol sendiri di peringkat antarabangsa ketika mewakili England dalam perlawanan menentang Hungary pada tahun 2010. Nasib menyebelahinya apabila England berjaya mengakhiri perlawanan dengan skor 2-1.

5. Jamie Carragher - 7 gol

jamie carragher

Jamie Carragher dilaporkan sebagai pemain paling cemerkap dalam sejarah pasukan Liverpool. Pada tahun 1999, dia telah 'berjaya' menjaringkan sebanyak dua gol sendiri dalam satu perlawanan menentang Manchester United sehingga memberi kemenangan mudah kepada pihak lawan. Menurut Carragher, dia tidak mungkin dapat melupakan sejarah hitam itu yang masih menghantuinya sehingga ke hari ini.

4. Martin Škrtel - 7 gol

martin skrtel

Jamie Carragher mengambil masa yang lama iaitu selama 12 tahun bersama Liverpool untuk mengumpulkan mata tinggi jaringan gol sendiri. Namun, Martin Škrtel lebih masyhur kerana telah menjaringkan 7 gol sendiri dalam masa lima tahun sahaja.

3. Riccardo Ferri - 8 gol

riccardo ferri

Pada tahun 1980-an, Riccardo Ferri adalah salah seorang pemain bola sepak terbaik dari Itali dan merupakan bintang pasukan Inter Milan. Sepanjang kerjayanya bersama pasukan tersebut, mereka pernah berjaya menjuarai Coppa, Serie A dan UEFA. Bagaimanapun, dia juga merupakan pemain yang paling banyak menjaringkan gol sendiri dalam sejarah bola sepak Serie A.

2. Franco Baresi - 8 gol

Franco Baresi hanya pernah bernaung di bawah satu kelab sahaja iaitu AC Milan sepanjang 20 tahun kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional di Itali.

franco baresi

Walaupun pernah bergelar kapten selama 15 tahun, digelar Pemain Terbaik AC Milan pada tahun 1999 dan dinobatkan oleh Pele sebagai antara 125 pemain bola sepak terulung dunia dalam sejarah 100 tahun FIFA, Baresi juga telah bertanggungjawab menjaringkan sebanyak lapan gol ke dalam gawang pasukan sendiri.

1. Richard Dunne - 10 gol

Rekod malang yang tidak ingin dimiliki oleh mana-mana pemain bola sepak ini sehingga kini masih dipegang oleh Richard Dunne. Dalam 432 penampilannya dalam perlawanan bola sepak, dia telah menjaringkan sebanyak 10 gol sendiri. Selain itu, dia juga berkongsi takhta pemegang rekod terburuk layangan kad merah dalam sejarah Liga Perdana iaitu sebanyak lapan kali.

richard dunne

Antara pasukan yang mendapat gol percuma sumbangan Dunne adalah West Bromwich Albion, Manchester United, Wigan Athletic, Chelsea, Newcastle United, Bolton Wanderers, Blackburn Rovers, Sunderland, Queens Park Rangers dan Liverpool.




Hakcipta iluminasi.com (2017)