Bagi kebanyakan orang, menjalani pembedahan boleh menjadi satu mimpi ngeri.

Antara salah satunya adalah kerana rasa takut terhadap kesakitan yang akan dialami selepas pembedahan dan juga kemungkinan kematian jika pembedahan tidak berjaya.

Namun, ada sesetengah orang yang cukup gila tanpa mengambil kira rasa takut ini dengan membedah diri mereka sendiri. Kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana keterpaksaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 kes individu melakukan pembedahan ke atas diri sendiri.

5. Amanda Feilding

img 20190414 130415

Kraniotomi adalah pembedahan melibatkan tulang dari tengkorak.

Ia mula-mula dilakukan kira-kira 10,000 tahun yang lalu, menjadikannya salah satu prosedur pembedahan tertua yang dilakukan oleh manusia.

Walau bagaimanapun, ia adalah biasanya untuk sebab yang berbeza. Pada masa lalu, orang menjalankan kraniotomi untuk merawat kecederaan tengkorak, menyembuhkan kegilaan dan sakit kepala serta membenarkan roh-roh jahat meninggalkan mayat mereka.

Hari ini, kraniotomi digunakan untuk merawat pendarahan dalaman di dalam tengkorak. Walau bagaimanapun, ada yang percaya bahawa kraniotomi diperlukan untuk meningkatkan kualiti otak.

Amanda Feilding adalah salah seorang daripadanya. Pada awal 1980-an, dia meminta beberapa pakar bedah untuk melakukan prosedur tersebut ke atasnya.

Ada yang menolaknya dan ada yang bersetuju, namun membatalkan kerana bimbang akan risiko yang dihadapi.

Jadi Amanda memutuskan untuk melakukannya sendiri.

cpzp3tmuiaabvwq

Dia menyuntik anestesia dan menggunakan gerudi doktor gigi untuk menebuk lubang di tengkoraknya.

Beberapa jam kemudian, dia meninggalkan rumah untuk menghadiri pesta dengan kepalanya yang berbalut walaupun kehilangan seliter darah.

Amanda berkata dia berasa lebih baik selepas prosedur itu.

Dia terus menyokong prosedur kraniotomi kepada orang ramai dan tidak teragak-agak untuk mempromosikannya.

Apabila dia bertanding untuk ke parlimen pada tahun 1983, slogan kempennya adalah "Undi Feilding-Kraniotomi untuk Kesihatan Kebangsaan."

2. Dr. Evan O’Neill Kane

ap683812013693

Dr Evan O'Neill Kane melakukan operasi pembedahan untuk mengeluarkan apendiks ke atas dirinya pada 15 Februari 1921.

Dia tidak merancang untuk membedah dirinya sendiri. Malah, dia sedang berada dalam bilik pembedahan sambil menunggu doktor bedah, tetapi memutuskan untuk membedah diri sendiri.

Sebagai seorang ketua doktor pakar bedah hospital tersebut, dia memberitahu kakitangannya untuk tidak campur tangan ketika dia menyuntik dirinya dengan bius dan mula memotong perutnya dengan bantuan cermin.

30 minit kemudian, dia berjaya mengeluarkan apendiks yang bermasalah.

Saat-saat yang paling membuatkan kakitangan hospital panik adalah ketika Dr. Evan bergerak ke hadapan membuatkan ususnya terkeluar.

Dia kemudiannya menolak ususnya kembali ke dalam badan dan meneruskan pembedahan.

Dr. Evan menyatakan bahawa dia melakukan pembedahan ke atas dirinya untuk lebih memahami ubat bius dan bagaimana rasa yang dialami oleh pesakit ketika pembedahan.

11 tahun kemudian, dia melakukan satu lagi pembedahan ke atas dirinya dan kali ini ia disebabkan oleh hernia.

Nmun, ia tidak begitu berjaya dan Dr. Evan menghidap radang paru-paru, yang membunuhnya 3 bulan kemudian.

3. Ines Ramirez Perez

ines ramirez perez

Pada malam Mac 2000, Ines Ramirez Perez bersendirian dengan anak-anaknya di rumahnya di Oaxaca, Mexico dan merasakan sakit di perutnya.

Kesakitan yang dirasakan adalah sesuatu yang biasa dialami, sama seperti yang dirasakan apabila air ketubannya pecah pada kehamilan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, dia kehilangan bayi itu kerana lewat sampai ke hospital untuk menjalani pembedahan.

Kali ini, Ines bertekad untuk menyelamatkan bayinya.

Dia menyuruh salah seorang daripada anaknya untuk membeli pisau dapur dengan bilah 15 sentimeter Sebelum memulakan, dia meminum 3 gelas minuman keras.

pisau yang digunakan ines ramirez perez

Dengan menggunakan pisau tersebut, Ines merobek lubang 18 sentimeter di perutnya, mengalihkan organnya sehinggakan ada yang terkeluar lalu mengeluarkan bayinya.

Semua ini dilakukan tanpa ubat bius. Setelah selesai, Ines memotong tali pusat, memasukkan kembali organnya ke dalam tubuh dan memberitahu anaknya untuk meminta bantuan seseorang untuk menjahit perutnya.

Seorang lelaki tiba dan membawa Ines ke klinik di mana dia dibenarkan pulang ke rumah dengan bayinya 5 hari kemudian.

2. Aron Ralston

aron ralston

Pada tahun 2003, Aron Ralston sedang menuruni sebuah gaung di Utah apabila dia tiba-tiba tergelincir, menyebabkan batu besar terjatuh dan menghempap tangan kanannya.

Dia cuba untuk melepaskan tangannya namun tidak berjaya. Dia tahu bahawa tiada siapa yang akan datang untuk menyelamatkannya dalam masa terdekat kerana dia mendaki berseorangan tanpa memberitahu sesiapa.

Tangan kanannya yang terperangkap mula menjadi kebas dan bahkan mulai terurai. Pada satu ketika, dia menusuk ibu jarinya yang mati dengan pisau dan mendengar bunyi angin keluar.

Setelah terperangkap selama lima setengah hari dan mengetahui dia akan mati dalam gaung jika dia tidak mengambil tindakan, Aron melakukan pembedahan ke atas dirinya sendiri.

Dia menggunakan berat badannya untuk memecahkan tulang lengan terhadap batu sebelum menggunakan pelbagai alat untuk memotong tendon, daging dan tisu di sekitar lengan yang hampir putus.

Setelah bebas, dia mengambil gambar lengan yang terperangkap yang dipotong dan meninggalkan gaung tersebut.

Pengalaman Aaron Ralston difilemkan dalam 127 Hours. 

1. Roland Mery

roland mery

Pada tahun 2009, Roland Mery, 61 tahun dari England sangat terdesak untuk menjalani pembedahan jantina sehinggakan dia melakukannya sendiri.

Sebelum melakukan pembedahan itu, dia telah melawat sebuah hospital di mana dia diberitahu untuk menunggu selama 2 tahun.

Tempoh itu terlalu lama untuknya, jadi pada suatu pagi dia mengambil beberapa ubat penahan sakit dan masuk ke bilik mandinya.

Dengan menggunakan alat pembedahan sementara, dia mengeluarkan alat kelaminnya dan melakukan pembedahan.

Setelah selesai, dia menjerit kepada isterinya, "Telefon 999, Julie. Saya telah berjaya melakukannya!"

Sebuah ambulans muncul dan menghantar Roland ke Hospital Royal Gwent, doktor bertugas memberitahunya bahawa pembedahan yang dilakukannya agak menakjubkan.

Bagaimanapun, isterinya tidak boleh mengikutinya ke hospital kerana pihak berkuasa percaya bahawa dia telah menyerang suaminya.

Mereka melayaninya seperti seorang suspek dan juga menghantar pakar forensik untuk mencari bukti jenayah di rumah pasangan ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)